Thursday, 5 December 2013

time ni jugak !!!!!!!!!!!!

kenape???????

Y????

aishhhhhhhhhhh!!!!!

xnampak laaaaaaa!!!!

time ni jugak la die nk rosak!!!!!

tau la da 4 taon xtkr specky....tapiiii.........

tak bole tunggu siket lagi ke??????

huhuk...

sampai atiiiiiiiiiiiiiiiii......>_<

Hatiku Menangis Sendu............Part 5


Sejam kemudian, Akiyla menelefon ayahnya untuk mendapatkan berita mengenai ibunya. 

Hello. A…yah. Ibu..ma..cam mana?” soal Akiyla dengan nada tersekat-sekat. 

“Tadi ibu masuk wad kecemasan. Ibu dah sedar lepas doctor masukkan ubat dalam badan ibu. Kakak jangan risau. Doakan ibu selamat okay.” Jawab ayahnya tenang.
 
Hati Akiyla sedikit lega mendengar perkhabaran dari ayahnya. Namun dia tetap tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu. Akiyla langsung tidak sedar pukul berapa dia tertidur sebenarnya. Akiyla tertidur kerana kepenatan menangis sepanjang malam.

Keesokannya, Akiyla bangun awal pagi untuk ke stesen bas. Matanya bengkak dek kerana manangis sepanjang malam. Akiyla bernasib baik kerana sempat mendapatkan tiket yang terakhir pada pagi itu. Bas yang bakal dinaikinya akan bertolak pada pukul 8.30 pagi.

Di saat-saat genting seperti itulah Akiyla merasakan waktu berjalan begitu perlahan. Setiap saat terasa berabad lamanya. Setelah menunggu hampir satu jam, bas yang bakal dinaiki belum jua kunjung tiba.

Akiyla semakin gelisah menantikan bas yang akan dinaikinya. Dia segera ke kaunter tiket untuk mendapatkan kepastian. Akiyla diberitahu bas tersebut dijangka tiba sedikit lewat dari waktu yang telah tercatat di tiketnya itu.

Kesabaran Akiyla begitu teruji. Dadanya menjadi sebak ekoran memikirkan ibunya yang berada di hospital. Setelah menanti hampir 30 minit, akhirnya bas yang akan dinaiki kunjung tiba. Akiyla menarik nafas lega.
Semasa dalam perjalanan menuju ke kampungnya yang terletak di Pasir Mas, Akiyla baru teringat bahawa dia belum memaklumkan perihal dirinya yang terpaksa mengambil cuti kecemasan pada hari Isnin hingga Rabu kepada majikannya.

Seraya itu, Akiyla mengeluarkan telefon dari beg galasnya. Skrin telefonnya memaparkan sepuluh missed calls dari Encik Ashraff. Akiyla tidak perasan telefonnya berbunyi kerana terlalu memikirkan ibunya. Satu pesanan ringkas dihantar kepada bosnya untuk memaklumkan keadaan dirinya yang terpaksa mengambil cuti mengejut.

Perjalanan ke Pasir Mas terasa begitu lama. Akiyla berbalas mesej dengan adiknya untuk mengetahui informasi berkenaan ibunya.

“Ibu macam mana?” mesej Akiyla kepada adiknya.

“Ibu dah sedar. Tadi Kiyma sempat bercakap dengan ibu kejap.” balas Akiyma.

Akiyla bertambah lega mendapat mesej sebegitu daripada adiknya. Selang beberapa minit kemudian, Kiyla mendapat mesej terbaru daripada adiknya iaitu Akiyra.

“Ibu mengadu mata sebelah kiri ibu sakit. Tak boleh nak bukak. Doktor cakap ibu kena transfer Hospital Kota Bharu.”

Akiyla terkejut apabila membaca mesej daripada Kiyra. Hatinya yang sedikit tenang sebentar tadi kini mulai resah gelisah kembali. Akiyla tidak henti-henti memanjatkan doa kapadaNya supaya ibunya selamat.
“Doktor dah periksa mata ibu? Caner result?” Mesej yang seterusnya dihantar oleh Akiyla.

Resah gelisah Akiyla menanti jawapan daripada adiknya itu.

“Doktor pakar dah check tadi tapi still tak tau punca. Sekarang doktor yang kedua plak tengah check,” balas Akiyra.

Nafas Akiyla makin sesak. “Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya. Kau selamatkanlah ibuku Ya Allah.” Doa Akiyla dalam hati kecilnya.
           
       “Dah dua orang doktor periksa mata ibu tapi still dorang tak tahu jugak puncanya! Ada sorang lagi doktor yang akan go through. Mudah-mudahan semua okay.” Mesej Akiyra kepada Akiyla.
              
        Telefon Akiyla berbunyi lagi. Kali ini bukan deringan mesej tetapi panggilan daripada adiknya, Kiyra. Ada getar di dada Akiyla di saat dia ingin menjawab panggilan tersebut.
           
      Hello...Kak Kiyla. Doktor pakar mata yang ketiga cakap maybe ada something kat otak ibu. Something yang mengganggu saraf mata ibu.” Terketar-ketar nada suara Akiyra.
          
          “Ya Allah!! Aku berserah padaMu Ya Allah.”

Rasa sedih sudah tidak dapat dibendung lagi. Akiyla menangis tanpa suara. Setelah hampir 9 jam, Akiyla akhirnya sampai ke destinasi. Akiyla dijemput oleh ayahnya di stesen bas Kota Bharu. Tangan dan pipi ayahnya dicium tanda kasih Akiyla terhadap ayahnya. Air matanya laju membasahi pipi.

Ayah Akiyla terus membawanya ke Hospital Kota Bharu. Akiyla sudah tidak sabar untuk peluk cium ibunya yang tersayang. Akiyla melangkah laju memasuki wad yang mana ibunya ditempatkan.

Apabila memasuki ruang wad yang mana ibunya ditempatkan, mata Akiyla terus tertancap kepada satu susuk tubuh yang sedang terbaring dan sangat dikenalinya. Tidak syak lagi, susuk tubuh itu memang benar kepunyaan ibunya yang tercinta.

Tanpa menghiraukan orang di sekeliling, Akiyla terus memeluk erat tubuh ibunya yang terbaring lesu. Kini, ibu yang paling dikasihi berada di dalam pelukannya.

“Ibu…ibu…bangun bu…Kak Kiyla dah sampai ni bu.” Tutur Akiyra perlahan.
Perlahan-lahan ibunya membuka kelopak matanya. Sayu hati Akiyla melihat ibunya sangat lemah tidak bermaya.

“Ibu…ni akak bu…Akak dah balik ni bu.” Terketar-ketar suara Akiyla.

“Sayang tak kerja ke?” soal ibu lemah.

“Tak bu. Kiyla cuti. Kiyla nak jaga ibu,” balas Kiyla menahan sebak.

“Bos Kiyla bagi ke?” soal ibu lagi.

“Bos Kiyla faham ibu.”

“Kiyla tolong gosok belakang ibu boleh?” pinta ibunya lemah.

Akiyla menurut kemahuan ibunya. Air jernih mulai minitis di pipinya. Dia melihat mata kiri ibunya bengkak. Pilu hatinya melihat keadaan ibunya yang tak berdaya.

“Ya Allah, andainya aku boleh menggantikan tempat ibuku saat ini untuk menanggung segala kesakitan yang ibu alami sekarang ini, aku sanggup Ya Allah.” Akiyla merintih sayu.



to be continue...........

Sunday, 1 December 2013

dia dia dan dia.....part 2

sape dia tu??????

errrrrrr.......

wekssssss............

sajejek kannnnnnnnnnnnnnnnnnn.........

^_^