Thursday, 11 July 2013

HATIKU MENANGIS SENDU.....





Assalamualaikum...( feel excited cOz this is my 1st entry...haha.. \(^_^)/ )

Hmmmm...akhirnya jadi jugak belog aku...this is for you MOM..
U will always in my HEART~ 







missing u 'MOM'


PART 1


        Tanggal 6 Mac 2012, telefon Akiyla berbunyi. Hatinya berbunga riang mendapatkan telefon Sony Ericsson yang berwarna hitam miliknya itu. Lubuk hatinya sudah dapat meneka siapakah gerangan yang menghantar pesanan ringkas ke nombornya itu.

Sambil tersengih-sengih macam kerang busuk Akiyla melihat nama pengirim tersebut. Tepat sangkaannya! ‘My Beloved Mom’ jelas tertera di skrin telefonnya. Sepantas kilat Akiyla membaca mesej dari ibunya yang tersayang.

“ Tadi, Ibu tiba-tiba rasa sakit kapala. Rasa macam nak pecah je kepala ni ! Tapi ibu dah pergi klinik. Doktor cakap darah ibu tinggi sikit dari biasa. Adik tak bagi ibu tutup mata, sebab adik takut nanti ibu mati….”
“Ya Allah! Ibu!” jerit Kiyla .
            
          Tak semena-mena air jernih dari kolam matanya menitis laju menyembah bumi. Terasa jantungnya terhenti buat seketika.

Saat itu, jari-jemari Kiyla terasa begitu kaku untuk memetik nombor telefon ibunya yang sangat dia  kasihi. Dengan lemah longlai Kiyla menelefon ibunya.

Hello.. Assalamualaikum… Ibu….Ibu…Ibu...o…o…okey tak?” Soal Akiyla.
Air jernih dari kelopak mata Akiyla  lebih laju menitis berbanding tutur katanya.

“Waalaikumussalam…haaa..Ibu dah agak mesti Kiyla jadi camni. Ibu dah okey sayang. Kiyla jangan risaukan Ibu ye.” Tenang ibunya menuturkan kata-kata.
“Kiyla sa…yang Ibu! Sa…yang sangat! Kiyla tak nak Ibu tinggalkan Kiyla!” Balas Akiyla dalam sendu.
“Ye, Ibu tahu. Ibu pun sayang Kiyla. Dah jangan nangis lagi.” Jelas kedengaran getaran pada kata-kata yang dituturkan oleh ibunya.

Akiyla tidak dapat meneruskan tutur bicaranya lagi. Hanya esakan dan tangisan yang mengiringi di hujung talian.

Akiyla tahu, dia sememangnya seorang yang sangat sensitif. Apalagi hal-hal yang berkaitan dengan keluarganya. Ibunya sudah cukup masak dengan sifatnya itu.Ibunya cuba menenangkan Akiyla dengan mengatakan bahawa semuanya akan baik-baik saja.
            
           Terkadang, terdetik juga dibenak fikiran Akiyla seandainya orang tuanya pergi terlebih dahulu.      “Kalaulah ibu atau ayah pergi meninggalkan Kiyla terlebih dahulu, macam mana Ya Allah? Apa yang akan berlaku kapada Kiyla dan keluarga Kiyla kelak? Argh!!” Hati kecilnya menjerit.

Namun, dengan pantas dia manafikan perkara tersebut daripada berlaku. Akiyla tidak mahu memikirkannya dengan serius kerana dia takut…takut untuk berdepan dengan kenyataan yang pastinya amat memeritkan dan menyakitkan.

Dengan satu mesej yang diterima daripada ibunya telah membuat hari Akiyla begitu resah gelisah. Ikutkan hati mahu saja dia pulang ke pangkuan ibunya di kampung.

Namun, setelah diyakinkan oleh ibunya bahawa semuanya okey,Akiyla menangguhkan niatnya.Hari telah lewat malam, namun Akiyla masih terjaga. Di benak fikirannya masih memikirkan soal ibunya tadi.

Wajah ibunya yang putih bersih dan tenang berlegar-legar di kotak fikiran Akiyla.
“Ah…kenapa hati ni rasa semacam? Apa yang tak kena dengan aku ni? Ibu baik-baik je kan! Ya Allah, lindungi Ibu dan keluarga Kiyla Ya Allah.” Akiyla bermonolog sendirian.
Air mata yang bergenang pantas diseka.

to be continue.........


No comments:

Post a Comment