“Macam-macamla adik bongsu Kiyla ni! Ada je hal dia buat orang cuak.” Akiyla bermonolog.
“Uiksss
cik adik! Ni apehal tersengih sorang-sorang macam kerang busuk ni?
Sampai aku masuk umah pun kau tak perasan!” sergah Aisya.
“Eh…kau da balik? hehehe..sorry tak perasan. Ni haaaa…ibu aku hantar mesej,dia citer pasal adik aku yang bongsu tu terkunci dalam bilik.”
“Laaa..yeke? caner boleh terkunci?” soal Aisya beriya.
“Hmmm…kalau adik aku yang tu, memang aku tak heranla caner dia boleh terkunci. Dia punye hyperactive! Subhanallah!! Tu je aku mampu describe!” jelas Akiyla dengan nada bersungguh. Akiyla dan Aisya ketawa bagai nak rak memecahkan kesunyian rumah sewa mereka.
“No wonder la adik kau macam tu,tengokla sape kakak dia!” tambah Aisya lagi.
“Amboi…kau
perli aku eh? hahah..Dah la, baik kau pergi mandi. Aku tunggu kau dari
tadi,perut aku dah berkeroncong ni. Cepat!!” jerit Akiyla dalam nada
manja.
“Ok boss!” balas Aisya bersahaja.
Akiyla dan Aisya makan malam bersama sambil menonton rancangan
kegemaran mereka iaitu Music Bank. Mereka berdua berkongsi minat yang
hampir sama. Mungkin disebabkan hal itu, mereka berdua menjadi sangat
akrab.
Tepat jam 12.00 tengah malam, telefon
Akiyla mula berbunyi tanpa henti untuk beberapa ketika. Ya! Hari ini
merupakan hari lahir Akiyla Shaqiyra! Tanggal 9 Mac 2012 genaplah usia
Akiyla 24 tahun.
Telefon Akiyla berbunyi dek kerana family dan sahabat handainya menghantar ucapan selamat hari lahir kepadanya. Kemudian, pintu bilik Akiyla dikuak.
“Tadaaa!! Selamat hari lahir my dear!” Aisya memasuki kamar Akiyla sambil membawa sebiji kek dan sebungkus hadiah yang cute.
Akiyla begitu terharu kerana Aisya tidak pernah melupakan hari
lahirnya. Air jernih mula bergenang di tubir mata Akiyla. Aisya menyeka
air mata Akiyla sebelum ia jatuh ke pipi Akiyla.
“Tak mau sedih-sedih! Cepat potong kek ni!” pinta Aisya lembut.
“Thank you Aisya! Really appreciate it! Love you so much my dear!” balas Akiyla.
Dalam pada Akiyla happy menerima teks ucapan sempena hari lahirnya beserta surprised daripada
sahabat baiknya,hati kecilnya terasa sedikit sedih kerana seseorang
yang ditunggu-tunggu Akiyla masih belum mengucapkan ucapan keramat
tersebut. Dan orang itu adalah ibunya! Akiyla bermonolog di dalam
hatinya.
“ Mungkin harini ibu penat sangat kot! Mesti ibu dah tidur. Kesian ibu.” Akiyla memujuk hatinya sendiri.
Keesokannya, Akiyla terus mencapai telefonnya sebaik sahaja dia bangkit
dari tidur. Dengan harapan, ibunya menghantar ucapan sempena hari
lahirnya. Namun, Akiyla hampa apabila dia mendapati bahawa tiada mesej
ucapan daripada ibunya yang tercinta.
“Kenapa ibu belum hantar ucapan sempena hari lahir Kiyla? Selalunya ibulah insan pertama yang akan wish birthday Kiyla. Kiyla ada sakitkan hati ibu ke?” bisik Akiyla.
Seperti biasa, Akiyla adalah orang yang paling awal sampai ke pejabat.
Akiyla masih memikirkan tentang ibunya. Dia tidak dapat memberi sepenuh
perhatian terhadap tugasannya. Wajahnya jelas menggambarkan dia sedang
kebingungan.
“Happy birthday Akiyla. May Allah bless you and your family as well.” Teman sepejabat Akiyla mengucapakannya serentak.
Akiyla berterima kasih kepada rakan-rakan sepejabatnya kerana
mengingati hari lahirnya. Hatinya bertambah sebak dek kerana ibunya
belum mengucapkannya lagi.
“Akiyla! Selamat ulang tahun kelahiran!” tutur Encik Ashraff sopan.
“Thanks Encik Ashraff.” jawab Akiyla gugup.
Ashraff berlalu pergi meninggalkan Akiyla yang masih terkulat-kulat
kebingungan. Akiyla sendiri kurang pasti kenapa bosnya melayannya
sebegitu rupa.
“Dah bertaubat agaknya.” Ujar Akiyla perlahan.
“Kiyla, asal aku tengok kau muram je harini? Bukan ker birthday girl sepatotnya happy? Mana perginya Kiyla yang selalu happy go lucky tu?” soal Eika kehairanan.
“Aku okey je. Macam biasa je la.” Akiyla menguntum satu senyuman yang hambar.
Berat hati Kiyla untuk membuka bicara. Dia memutuskan untuk tidak
bercerita kepada Eika. Akiyla lebih selesa bercerita mengenai masalahnya
kepada teman baiknya Aisya.
“Oh ya…lupa pulak tadi Encik Ashraff pesan suruh kau masuk bilik dia.”
“Sekarang?” soal Akiyla serius.
“Yela..takkan esok pulak.” jawab Eika dalam nada bergurau.
“Tenang
Kiyla..tenang..Entah kenapa jantung Akiyla berdegup kencang tiap kali
ingin bertentang mata dengan bosnya yang kepala angin dan kacak itu.
Nafasnya turun naik. Dadanya terasa begitu sesak.
“Apalagi yang dia nak? Aduiiii…” keluh Akiyla.
“Hai birthday girl. Nape masam mencuka je ni? You should be happy today!”
“Nothing.” Jawab Akiyla ringkas.
“So, you dah ada plan tak malam ni?” soal Encik Ashraff.
“Plan? Plan apa?” soal Akiyla tidak mengerti.
“Plan untuk celebrate birthday you la…” Balas Encik Ashraff bersahaja.
“Ohhh..no need to celebrate pun.” Jawab Akiyla lesu.
Encik
Ashraff mengangkat keningnya seolah-olah menginginkan Akiyla menjawab
dengan lebih jelas. Namun Akiyla tidak memberikan sebarang reaksi
terhadap tindakan Encik Ashraff. Dia hanya mendiamkan diri seribu
bahasa.
“Okay. You may go now.” tutur Encik Ashraff sedikit kecewa.
“Okay then..by the way thanks for the wishes.” Balas Akiyla lembut.
Dalam masa yang sama, otaknya masih ligat memikirkan kelakuan majikannya sebentar tadi yang mana sangat pelik bagi dirinya.
“Ape kena dengan bos aku ni? Macam bukan Encik Ashraff Syaqir yang aku kenal!!..Arghhhh!! Whatever!!” jerit Akiyla.
“Ibu dah lupa birthday Kiyla ke?” Hatinya mula sebak. Akiyla mencapai telefon bimbitnya seraya menelefon ibunya.
“Hello… Assalamualaikum ibu…” Akiyla membuka bicara. Ada getaran pada setiap bait perkataan yang keluar dari bibir Akiyla.
“Waalaikumussalam…” suara ibunya sayup kedengaran. “Kiyla dah habis kerja?” lemah suara ibunya.
“Dah bu…Kiyla baru sampai rumah ni. Ibu sihat tak? Kenapa Kiyla dengar suara ibu macam tak sihat je?” soal Akiyla bimbang.
“Kepala ibu sakit lagi. Kiyla nak cakap dengan ayah? Ibu tak larat la sayang.” Suara ibunya begitu lemah.
Sangkaan Akiyla ternyata benar. Ibunya memang tidak sihat. Air matanya
sudah tidak dapat dibendung lagi. Akiyla membiarkannya minitis di
pipinya yang putih gebu itu.
Akiyla terlena
bertemankan air mata yang membasahi pipinya. Sedang lena diulit mimpi,
Akiyla tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia sempat melihat
jam dinding di penjuru biliknya. Jam menunjukkan pukul 12.10 tengah
malam. Skrin telefonnya tertera ‘My Beloved Sis’. Akiyla terus menjawab panggilan adiknya itu.
“Kak Kiyla! ibu!” cemas suara adiknya,Akiyra Shaqiyla.
“Kenapa dengan ibu?!” soal Akiyla cemas.
“Ibu…ibu.. tak sedarkan diri…” Akiyra menjawab dalam esakan.
“Ya Allah! Ibu!” teriak Akiyla. Dunia Akiyla seakan gelap gelita.
Jeritan Akiyla telah mengejutkan Aisya dari tidurnya. Dia bergegas ke
bilik Akiyla untuk melihat keadaan sahabatnya itu. Pintu kamar Akiyla
dikuak pantas. Aisya melihat Akiyla sudah jatuh terjelopok di lantai
sambil menangis teresak-esak. Aisya pantas mendapatkan teman
kesayangannya lalu memeluknya dengan erat.
“Kenapa ni Kiyla? Kenapa kau nangis?” soal Aisya cemas.
“Ibu…ibu
aku Aisya..ibu tak sedarkan diri! Patotla aku rasa tak sedap hati sejak
dua tiga hari ni. Aku takut Aisya…takut…….” Akiyla menangis sendu.
Luluh hati Aisya melihat Akiyla menangis tersedu-sedan. Belum pernah
dia melihat Akiyla menangis sedemikian rupa. Aisya memeluk Akiyla seerat
mungkin untuk menenangkannya.
“Sabar Kiyla..Istighfar…istighfar…”
“Aku nak balik! Nak jumpa ibu..” Akiyla bersuara lemah.
“Ye… Aku faham. Nanti pagi esok kita pergi cari tiket bas okay. Ni dah tengah malam, macam mana nak cari malam-malam buta camni?” pujuk Aisya.
“Aku nak balik sekarang jugak! Aku boleh bawak motor Ego aku.” rayu Akiyla.
“Jangan Kiyla..Bahaya..Kau tu perempuan. Please dengar cakap aku!” tegas Aisya.
Akiyla akur dengan apa yang dikatakan oleh kawan baiknya itu.
to be continue..........
Friday, 29 November 2013
Ma .....
Miss u sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo muchhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ='(
Thursday, 28 November 2013
dia dia dan dia....=p
awakkkkkkkkkkk......
ooooooooooooo........
awakkkkkkkkkkkk!!!!
awak comey laaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
^___^
ooooooooooooo........
awakkkkkkkkkkkk!!!!
awak comey laaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
^___^
menu hari ni...............
aineh menu special sangat!!!!!!!
mmg puas hati sgt...........errrrrrr
syukur dpt jgk mkn.......kn3???
even magy jer......kna bersyukur ok!!!
Syukur Ya Allah dengan rezeki hari ni.......\(^_^ )/
mmg puas hati sgt...........errrrrrr
syukur dpt jgk mkn.......kn3???
even magy jer......kna bersyukur ok!!!
Syukur Ya Allah dengan rezeki hari ni.......\(^_^ )/
Hatiku Menangis Sendu......Part 3
“Betul cik. cik ni…Cik Akiyla kan?”
“Uihh..Macam mana dia tau nama aku plak nih?” gumam Akiyla. Wajah Akiyla jelas kelihatan kebingungan.
“Ahhh..Biarlah..buat penat otak je nak pikir! Rezeki Allah bagi la tu Kiyla oiiiii! Cuba belajar bersyukur sikit. Alhamdulillah…” Akiyla tersenyum.
Akiyla dan Eika balik ke pejabat untuk meneruskan kerja masing-masing. Sebelum menyambung kerja,Akiyla ke surau untuk solat zuhur. Dalam perjalanannya menuju ke surau, Akiyla terserempak dengan majikannya. Mata Akiyla terpana melihat ketampanan Encik Ashraff bersongkok.
“Mak aih…hensem jugak rupanya bos aku nih. Lebih-lebih lagi kalau dia pakai songkok macamni. Sejuk hati ni tengok. Indahnya ciptaan Allah!!” Hati Akiyla berbisik sambil mengukir senyuman.
“Dah sampai mana?” satu suara berbisik. Akiyla tersentak apabila suara tersebut memasuki saluran pendengarannya.
“Hah?? Sampai mana apa??” soal Akiyla kebingungan. Jantungnya berdegup kencang tatkala melihat susuk tubuh yang dikenalinya itu berada betul-betul di hadapannya.
“Encik Ashraff!!” jerit Akiyla di dalam hati.
Matanya betul-betul bertentangan dengan mata Encik Ashraff. Encik Ashraff melirik sebuah senyuman kepada Akiyla. Jantung Akiyla seakan terhenti untuk seketika. Mana tidaknya, baru pertama kali dia dapat melihat
senyuman majikannya itu. Ternyata senyumannya begitu manis sekali.
“Mungkin sebab itulah Encik Ashraff jarang senyum, boleh cair wanita-wanita kat dunia ni bila tengok senyuman dia tu!” hati Akiyla berbisik.
Akiyla mengetuk-ngetuk kepalanya sebagai tanda dia tidak bermimpi. Ternyata memang benar dia tidak bermimpi.
“Encik Ashraff ni kena samp…..”
“Apa? Awak cakap apa?” belum sempat Akiyla menghabiskan ayatnya, Encik Ashraff mencelah.
Sekali lagi Akiyla merasakan seperti satu badannya terkena renjatan elektrik.
“Awak? Dia bahasakan awak? Biar betul mamat ni? Demam panas ke apa?” Akiyla bertambah bingung.
“Eh…Takde pape encik! By the way,encik nampak hensem sangat bila pakai songkok tu.” Spontan ucapan berbentuk pujian keluar dari mulut Akiyla.
“Oh..Thanks. If awak tak cakap pun, saya dah lama tahu.” Balas En.Ashraff sambil mengenyitkan matanya. Akiyla tersenyum kelat.
“Huhhhhh! Perasan tahap gaban mamat ni!” jerit hati kecil Akiyla. Dia menyesal menuturkan kata-kata tadi.
“Apa yang kau dah buat ni Kiyla? Nanti ape pulak yang dia fikir! Arghhhh!” Akiyla mengeluh.
Akiyla asyik merenung jam tangan B.U.M miliknya. Entah kenapa Akiyla merasakan waktu berlalu begitu perlahan sejak dia selesai solat zuhur tadi. Jam tangannya baru menunjukkan jam 3 petang.
“Hah? Baru pukul 3? Betol ke tak jam aku nih?” sambil tangan kanannya mengetuk-ngetuk jam yang dipakai di tangan kidalnya itu.
“Dah kau ni kenapa Kiyla? cam ayam berak kapur dah aku tengok!” tegur Eika.
“Kenapa gelisah semacam ni? Kau sakit ke?” soal Eika lagi.
“Kau tak rasa pelik ke?” Akiyla menyoal kembali.
“Apa yang peliknya? Biasa je. Aku tengok kau tu yang pelik sejak balik dari surau tadi. Asal weh?” balas Eika.
“Apa pulak aku? Ishhhh kau nih! Kau tak rasa ke masa berjalan lambat sangat harini? Kau tak rasa camtu ke? Ke aku sorang je yang rasa?” Ishhhh! Buang masa je aku pikir. Baik aku siapkan kerja aku yang berlambak ni!” gerutu Akiyla.
Eika tersenyum melihat gelagat temannya, si Akiyla. Sedang asyik Akiyla menyiapkan kerjanya, kedengaran satu suara nyaring menyapanya.
“Hai..Cik Akiyla sayang….tak nak balik ke? Tadi bukan main beriya tengok jam kat tangan tu. Sekarang dah pukul 5.00 petang pun kau still menghadap pc tu.” tegur Eika.
“Hah..dah pukul 5.00 eh? Yes! Dah boleh balik!” jerit Akiyla keriangan.
“Kau ni dah macam kanak-kanak ribena dah aku tengok. Happy cam budak-budak nak balik skola!” Eika mengomel.
“Of course la aku happy,esok kan my special day!” balas Akiyla dalam nada gembira.
Dalam perjalanan pulang, Akiyla singgah ke supermarket untuk membeli barang dapur yang sudah habis. Dan benda yang paling penting untuk dibeli ialah biskut Oreo kegemarannya dan susu Anlene perisa coklat. Akiyla sememangnya hantu oreo dan hantu susu.
Setelah sampai di rumah, tanpa berlengah Akiyla membersihkan diri dan menunaikan solat Asar. Usai solat, Akiyla bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam. Akiyla mencapai telefon bimbitnya dan menelefon kawan baiknya, Aisya.
“Helo…Aisya, kau katne? Harini kau tak payah susah-susah tapaw makanan ek. Aku masak special untuk kau harini. Baik tak aku? Hahaha…” Akiyla tergelak kecil.
Selesai memasak,Akiyla ke ruang tamu untuk berehat sementara menanti Aisya balik. ‘kau selalu ada…tika gelisah….kau beri senyuman..bila kuresah………’ telefon Akiyla berdering. Akiyla berlari-lari anak mendapatkan telefonnya yang berada di dapur.
Tersenyum sendiri tatkala melihat ‘My Beloved Mom’ tertera di skrin telefonnya. Akiyla lantas membaca mesej daripada ibunya.
“Adik terkunci dalam bilik tadi. Ayah pulak takde kat rumah. Adik nangis-nangis dalam bilik tu. Ibu mintak tolong jiran kita bukakkan tombol pintu. Lama jugakla adik terkunci. Syukur jiran kita sudi tolong. Bila dia bukak je pintu, boleh pulak adik cakap dia tak nangis pun. Ibu punyalah risaukan dia,boleh pulak dia melawak. Adoiiiii!”
Akiyla tergelak membaca pesanan ringkas daripada ibunya.
“Macam-macamla adik bongsu Kiyla ni! Ada je hal dia buat orang cuak.” Akiyla bermonolog.
to be continue.......


Wednesday, 27 November 2013
tak larat.......
ermmmm.....
da lama tak rase saket blakng cmni....
saket...........
saket...........
saket............='(
Ya Allah............
Aku tahu Kau sedang berbicara denganku..... =')
Monday, 25 November 2013
RINDU!!!!! =(((((
Ya Allah rindunye!!!!
rindu kat arwah ma....='(((
rindu kat abah!!
rindu kat adek2!!! (Payes!! kak ngah rindu adek payes!! abang iman pon k.ngah rinduuuu!!)
rindu kat kakak sukak!! (blaja leklok kt sana!!)
rindu kat kak sha susha!!(be a gud daughter!! ustazah pilihan!! heheh)
rindu kat sucik!!(rindu time ang single mingle duluuu...heheh)
rindu kat subang!!
NGAH RINDU KORANG SUMER!!!!! SIYES!!!! XTIPUUUU!!! =((((
rindu kat arwah ma....='(((
rindu kat abah!!
rindu kat adek2!!! (Payes!! kak ngah rindu adek payes!! abang iman pon k.ngah rinduuuu!!)
rindu kat kakak sukak!! (blaja leklok kt sana!!)
rindu kat kak sha susha!!(be a gud daughter!! ustazah pilihan!! heheh)
rindu kat sucik!!(rindu time ang single mingle duluuu...heheh)
rindu kat subang!!
NGAH RINDU KORANG SUMER!!!!! SIYES!!!! XTIPUUUU!!! =((((
HATIKU MENANGIS SENDU.......
PART 2
“Akiyla! Akiyla! Akiyla Shaqiyra!”
Tersentak Akiyla dari lamunan sebaik
sahaja mendengar laungan Encik Ashraff. Ya, Encik Ashraff adalah majikan
Akiyla. Dalam erti kata lain, Encik Ashraff merupakan ‘big boss’ kepada Akiyla dan semua kakitangan di Pearl Holding.
“Yes?” Jawabnya termangu-mangu. “Our client mintak invois. You better hurry
up!” Tegas suara majikannya.
“Hah?
Invois? Which one?” Gumamnya dalam
hati.
“Ni apehal dahi berkerut seribu nih?
Apa masalah kau ni Kiyla? Macam kena
sam….” Belum sempat Encik Ashraff menghabiskan ayatnya, Akiyla laju mencelah.
“Oh
yaaaa…baru I ingat! Semalam Memos ada mintak dorang punye invois. Okey..okey.. sekarang
jugak I email ye boss.
Tengok ni, I dah tekan button send dah.
Ok done!” Sengaja Akiyla mematikan percakapan bosnya .
Merona
merah muka Encik Ashraff yang sebelumnya putih bersih menahan marah dek ayat-ayat
yang keluar dari bibir Akiyla yang kecil molek itu.
“Hah..padan
dengan muka kau. Merah padam muka! Ada je hal yang kau tak puas hati ngan aku
kan! Mentang-mentang kau big boss,
kau bleh cakap suka hati ah? No way!!”
Omel Akiyla sendiri.
Dari
hari first Akiyla jejakkan kaki ke
Pearl Holding untuk interview,
sampailah sekarang Encik Ashraff Syaqir
tidak seteru dengan Akiyla.
“Kalau
kau tak suka aku, asal ambik jugak aku kerja kat company kau? Hishh..tak paham aku!” Akiyla bermonolog sendiri.
“Ni
mesti sebab kau dah jatuh hati ngan aku kan?? Kau saja tak nak tunjuk kan? Ego
la konon! Huhhh!!” Akiyla mengomel sendiri.
“Hahah…kau
jangan nak beranganla Akiyla Shaqiyra oiiii!! Sebelah mata pun dia tak pandang
orang macam kita nih…” sampuk Eika, teman sepejabat Akiyla dengan nada yang
agak nyaring.
Berderai
gelak tawa mereka berdua, seterusnya diikuti oleh teman sepejabat lain yang
mendengar omelan Akiyla dan Eika sebentar tadi.
“Yela
Cik Eika, aku sedar aku ni kuli je kat sini. Tapi kan…kalau betul big boss kita tu syok kat aku caner??
Hahahahaha….” Akiyla berjenaka.
“Kalau
betul, untungla kau Kiyla! Cuci kaki je nanti!” balas Eika.
“Huh!
Tak hingin aku!” Akiyla mencebikkan bibirnya yang merah bak delima.
“Apa
yang awak semua sembangkan lagi ni? Mulut bukan main laju menyembang, kerja tak
jugak jalan-jalan! Dah! Pergi buat kerja!” tegas kedengaran suara Encik
Ashraff.
“Eh..kitorang
sembang-sembang pun tapi keje jalan ok!” gerutu Akiyla.
Dalam
tak sedar, Akiyla telah terlupa sejenak mengenai hal ibunya semalam. Jam
menunjukkan tepat pukul 5.00 petang. Akiyla mengemaskan mejanya untuk pulang.
Akiyla memecut laju scooter Ego
kesayangannya.
Akiyla merebahkan tubuhnya di atas katil.
Dalam beberapa minit, Akiyla terlelap. Penat agaknya dek kerana semalam dia tak
cukup tidur kerana terlalu memikirkan ibunya di kampung.
“Kiyla..Kiyla..bangun…dah pukul 6 petang ni.
Dah solat belum?” kejut Aisya,teman serumah Akiyla merangkap teman baiknya.
“Hah?
Pukul 7? Ya Allah! aku tak solat Asar lagi Aisya!” Akiyla bingkas bangun dari
katilnya. Pintu almari pakaiannya dibuka.
“Ehem…ehem…Cik
Akiyla sayang, nak buat apa bukak pintu almari tu? Nak ambik air sembahyang ke?
Pintu bilik air kat sana. Tegur Aisya sambil terkekek menahan tawa.
Muka
Akiyla merah padam menahan malu. Gelagatnya sentiasa menjadi bahan gelak tawa
Aisya.
“Haaa…kan
aku dah pesan…jangan tidur lepas waktu Asar. Kan dah malalut tak tentu pasal.
Dah…pergi solat then mandi. Nanti
kita dinner sama-sama ek. Aku dah
belikan makanan tuk dinner,” ujar
Aisya.
Sambil
menggosok mata, Akiyla tersenyum.
“Thank you cayang! Kau macam tau-tau je kan aku tengah lapar nih,” balas
Akiyla dalam nada yang manja.
“Sape
tak kenal Akiyla Shaqiyra yang suka mengada-ngada nih kan!”
“Hihihihihi….”
Akiyla tergelak manja.
Usai
solat dan mandi, Akiyla dan Aisya makan malam bersama. Selesai makan, mereka
menonton televisyen di ruang tamu. Akiyla sering menceritakan tentang hal-hal
yang berlaku di pejabatnya kepada Aisya. Aisya akan menjadi pendengar setia
kepada cerita-cerita Akiyla.
Sedang
rancak Akiyla bercerita, dia menoleh ke sisinya. Ternyata sahabat baiknya telah
lena dibuai mimpi. Akiyla tersenyum sendiri. Ini bukan kali pertama Aisya
terlena tatkala Akiyla sedang rancak berceloteh.
“Eh…mak
cik ni boleh pulak dia tidur masa aku syok bercerita!!” dibibirnya terukir
senyuman yang begitu manis.
“Aisya…Aisya…bangun…jom
masuk tidur dalam bilik,” kejut Akiyla dengan lemah lembut.
“Eh…Kiyla..maaf
aku tertidur tadi. Okey… kau sambungla balik, aku dengar ni,” pinta Aisya
bersungguh-sungguh.
“Laaaa…takpelah.
Kau dah ngantuk sangat dah aku tengok. Jangan nak paksa mata kau tu! Lain kali
kita sambung ek. Dah, jom masuk tidur.” Balas Akiyla.
Alarm telefon
bimbit Akiyla memecah keheningan pagi subuh. Usai mandi dan solat subuh, Akiyla
terus ke ruang dapur untuk menyediakan sarapan sebelum ke pejabat. Pintu
peti ais dibuka cermat untuk mengambil bahan-bahan untuk dijadikan sarapan.
Bulat biji mata Akiyla apabila melihat tiada apa-apa yang boleh dijadikn
sarapan.
“Kosong??
Aduh!..caner bleh lupe nak beli groceries
ni?? Nak makan apa ni??” bisik Akiyla. Akiyla menyelongkar cabinet dapurnya.
“Roti!!
Gotcha! Alamak!.. 2 keping jer?”
getus Akiyla “Ah!..never mind.”
Akiyla menyapu peanut butter yang
masih tersisa. Lalu diletakkannya di atas pinggan.
“Aisya!
Aku dah prepare breakfast tuk kau ni.
Jangan lupa makan tau! Aku pergi office dulu,”
pesan Akiyla.
Akiyla
tidak menjamah sarapan yang dia sediakan tadi. Kedua-dua keping roti tadi dia
tinggalkan untuk Aisya. Itulah sifat Akiyla Shaqiyra. Seorang yang begitu
mementingkan sahabatnya. Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi. Akiyla memang selalu
sampai awal ke pejabat. Dia merupakan orang kedua terawal selepas ‘pak guard’.
“Hai
Kiyla! Awal sampai?” sapa satu suara yang tidak asing lagi di Pearl Holding.
“Hmmm…macam
kenal je pemilik suara tu.” Bisik Akiyla. Dia menoleh ke belakang. “Patotla
macam kenal, big boss rupanya!”
gerutu Akiyla dalam hati.
“Eh!!
Encik Ashraff buat apa kat sini? Eh..maksud saya, ada apa pagi-pagi lagi encik
masuk pejabat harini?” soal Akiyla kehairanan.
“Ni
syarikat aku kan? So, suka hati akulah nak masuk pagi ke petang ke malam ke, or tak nak masuk langsung! None of your business!!” sinis Encik
Ashraff.
Berderau
darah Akiyla mendengar jawapan sinis dari majikannya itu. Kolam matanya mula
bergenang,namun Akiyla pantas menyeka sebelum ianya menitis.
“Sabar
Kiyla..Sabar…” Akiyla memujuk hatinya.
Akiyla
menyusun langkahnya menuju ke mejanya untuk memulakan tugasannya hari ini.
Sedang asyik Akiyla menyiapkan kerjanya, telefon di sisi kanan mejanya berdering.
“Hello… Good morning..Akiyla speaking,”
tuturnya lembut.
“Masuk
bilik saya sekarang.” Tegas suara En. Ashraff.
Tanpa
banyak bicara, Akiyla terus mengatur langkah menuju ke bilik bossnya. Sampai sahaja di depan pintu
bilik majikannya itu, Akiyla menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk pintu.
Tok!!…tok!!
Akiyla mengetuk.
“Masuklah!”
En.Ashraff menjawab kasar. Akiyla membatu di depan En.Ashraff.
“Asal tercegat je?! Tak reti nak duduk?!”
bentak En.Ashraff.
Akiyla
hanya menurut arahan dari majikannya tanpa sepatah kata. Dia sudah malas
melayan majikannya yang kepala angin itu. Apa saja yang keluar dari bibir
En.Ashraff hanya diiakan saja oleh Akiyla.
“Asal
harini kau baik sangat hah? Tak menjawab langsung. Kau demam eh?” soal
En.Ashraff kebingungan.
Akiyla
hanya menggelengkan kepalanya.
“Ada
apa-apa lagi ke Encik Ashraff? Kalau takde,saya keluar dulu.” Tutur Akiyla
lemah.
“Ok.”
Ringkas jawapan Encik Ashraff.
“Apa
yang tak kena dengan budak ni harini?” gumam En.Ashraff.
Akiyla
kembali ke mejanya dan meneruskan sisa kerjanya untuk hari itu. Encik Ashraff
mencuri pandang Akiyla dari biliknya. Hatinya tidak puas kerana Akiyla tidak memberi
sebarang reaksi seperti kebiasaannya. Wajah Akiyla kelihatan sugul.
“Kiyla!
Kiyla! jom keluar lunch.” Eika
mengajak.
“Eh..dah
waktu lunch eh? Tak sedar pulak aku.
Kejap eh aku nak habiskan ayat terakhir jap. Okey da siap. Jom kita pegi breakfast! Hehe..”
“Ape
pulak breakfast? Lunch la mak cik Kiyla! Muda-muda lagi da nyanyuk! Haha...” Eika
mengusik.
“Untuk
kau memangla lunch,tapi aku ni baru
nak breakfast tau.” Balas Akiyla
manja.
“Laaaa…asal
kau tak makan pagi tadi? Tak elok tau skip
sarapan.” Nasihat Eika bersungguh.
“Yela,
aku tahu. Memagla aku berhajat nak sarapan tadi, tapi…..ahhh takde papelah.”
Akiyla mematikan ayatnya.
“Tapi?
Tapi apa pulak ni?” soal Eika inginkan jawapan.
“Alah..Takde
papelah. Dah la jom cepat! Aku da lapar nih. Karang habis pulak makanan kat
kafe tu,kebulur la aku nanti!!” gesa Akiyla.
Sedang
mereka asyik bersembang, Akiyla tidak sedar bahawa ada sepasang anak mata yang
sedang memerhatikan gelagatnya. Ya! Encik Ashraff Shaqir sedang memerhatikan
Akiyla Shaqiyra. Selesai
menjamu selera, Akiyla menuju ke kaunter untuk membayar makanannya.
“Cik,
dah ada orang bayarkan untuk cik tadi.” Ujar juruwang kafe tersebut.
“Hah??
Awak biar betul? Salah orang kot?” soal Akiyla inginkan kepastian.
“Betul cik. cik ni…Cik Akiyla kan?”
to be continue...........
Subscribe to:
Posts (Atom)