PART 2
“Akiyla! Akiyla! Akiyla Shaqiyra!”
Tersentak Akiyla dari lamunan sebaik
sahaja mendengar laungan Encik Ashraff. Ya, Encik Ashraff adalah majikan
Akiyla. Dalam erti kata lain, Encik Ashraff merupakan ‘big boss’ kepada Akiyla dan semua kakitangan di Pearl Holding.
“Yes?” Jawabnya termangu-mangu. “Our client mintak invois. You better hurry
up!” Tegas suara majikannya.
“Hah?
Invois? Which one?” Gumamnya dalam
hati.
“Ni apehal dahi berkerut seribu nih?
Apa masalah kau ni Kiyla? Macam kena
sam….” Belum sempat Encik Ashraff menghabiskan ayatnya, Akiyla laju mencelah.
“Oh
yaaaa…baru I ingat! Semalam Memos ada mintak dorang punye invois. Okey..okey.. sekarang
jugak I email ye boss.
Tengok ni, I dah tekan button send dah.
Ok done!” Sengaja Akiyla mematikan percakapan bosnya .
Merona
merah muka Encik Ashraff yang sebelumnya putih bersih menahan marah dek ayat-ayat
yang keluar dari bibir Akiyla yang kecil molek itu.
“Hah..padan
dengan muka kau. Merah padam muka! Ada je hal yang kau tak puas hati ngan aku
kan! Mentang-mentang kau big boss,
kau bleh cakap suka hati ah? No way!!”
Omel Akiyla sendiri.
Dari
hari first Akiyla jejakkan kaki ke
Pearl Holding untuk interview,
sampailah sekarang Encik Ashraff Syaqir
tidak seteru dengan Akiyla.
“Kalau
kau tak suka aku, asal ambik jugak aku kerja kat company kau? Hishh..tak paham aku!” Akiyla bermonolog sendiri.
“Ni
mesti sebab kau dah jatuh hati ngan aku kan?? Kau saja tak nak tunjuk kan? Ego
la konon! Huhhh!!” Akiyla mengomel sendiri.
“Hahah…kau
jangan nak beranganla Akiyla Shaqiyra oiiii!! Sebelah mata pun dia tak pandang
orang macam kita nih…” sampuk Eika, teman sepejabat Akiyla dengan nada yang
agak nyaring.
Berderai
gelak tawa mereka berdua, seterusnya diikuti oleh teman sepejabat lain yang
mendengar omelan Akiyla dan Eika sebentar tadi.
“Yela
Cik Eika, aku sedar aku ni kuli je kat sini. Tapi kan…kalau betul big boss kita tu syok kat aku caner??
Hahahahaha….” Akiyla berjenaka.
“Kalau
betul, untungla kau Kiyla! Cuci kaki je nanti!” balas Eika.
“Huh!
Tak hingin aku!” Akiyla mencebikkan bibirnya yang merah bak delima.
“Apa
yang awak semua sembangkan lagi ni? Mulut bukan main laju menyembang, kerja tak
jugak jalan-jalan! Dah! Pergi buat kerja!” tegas kedengaran suara Encik
Ashraff.
“Eh..kitorang
sembang-sembang pun tapi keje jalan ok!” gerutu Akiyla.
Dalam
tak sedar, Akiyla telah terlupa sejenak mengenai hal ibunya semalam. Jam
menunjukkan tepat pukul 5.00 petang. Akiyla mengemaskan mejanya untuk pulang.
Akiyla memecut laju scooter Ego
kesayangannya.
Akiyla merebahkan tubuhnya di atas katil.
Dalam beberapa minit, Akiyla terlelap. Penat agaknya dek kerana semalam dia tak
cukup tidur kerana terlalu memikirkan ibunya di kampung.
“Kiyla..Kiyla..bangun…dah pukul 6 petang ni.
Dah solat belum?” kejut Aisya,teman serumah Akiyla merangkap teman baiknya.
“Hah?
Pukul 7? Ya Allah! aku tak solat Asar lagi Aisya!” Akiyla bingkas bangun dari
katilnya. Pintu almari pakaiannya dibuka.
“Ehem…ehem…Cik
Akiyla sayang, nak buat apa bukak pintu almari tu? Nak ambik air sembahyang ke?
Pintu bilik air kat sana. Tegur Aisya sambil terkekek menahan tawa.
Muka
Akiyla merah padam menahan malu. Gelagatnya sentiasa menjadi bahan gelak tawa
Aisya.
“Haaa…kan
aku dah pesan…jangan tidur lepas waktu Asar. Kan dah malalut tak tentu pasal.
Dah…pergi solat then mandi. Nanti
kita dinner sama-sama ek. Aku dah
belikan makanan tuk dinner,” ujar
Aisya.
Sambil
menggosok mata, Akiyla tersenyum.
“Thank you cayang! Kau macam tau-tau je kan aku tengah lapar nih,” balas
Akiyla dalam nada yang manja.
“Sape
tak kenal Akiyla Shaqiyra yang suka mengada-ngada nih kan!”
“Hihihihihi….”
Akiyla tergelak manja.
Usai
solat dan mandi, Akiyla dan Aisya makan malam bersama. Selesai makan, mereka
menonton televisyen di ruang tamu. Akiyla sering menceritakan tentang hal-hal
yang berlaku di pejabatnya kepada Aisya. Aisya akan menjadi pendengar setia
kepada cerita-cerita Akiyla.
Sedang
rancak Akiyla bercerita, dia menoleh ke sisinya. Ternyata sahabat baiknya telah
lena dibuai mimpi. Akiyla tersenyum sendiri. Ini bukan kali pertama Aisya
terlena tatkala Akiyla sedang rancak berceloteh.
“Eh…mak
cik ni boleh pulak dia tidur masa aku syok bercerita!!” dibibirnya terukir
senyuman yang begitu manis.
“Aisya…Aisya…bangun…jom
masuk tidur dalam bilik,” kejut Akiyla dengan lemah lembut.
“Eh…Kiyla..maaf
aku tertidur tadi. Okey… kau sambungla balik, aku dengar ni,” pinta Aisya
bersungguh-sungguh.
“Laaaa…takpelah.
Kau dah ngantuk sangat dah aku tengok. Jangan nak paksa mata kau tu! Lain kali
kita sambung ek. Dah, jom masuk tidur.” Balas Akiyla.
Alarm telefon
bimbit Akiyla memecah keheningan pagi subuh. Usai mandi dan solat subuh, Akiyla
terus ke ruang dapur untuk menyediakan sarapan sebelum ke pejabat. Pintu
peti ais dibuka cermat untuk mengambil bahan-bahan untuk dijadikan sarapan.
Bulat biji mata Akiyla apabila melihat tiada apa-apa yang boleh dijadikn
sarapan.
“Kosong??
Aduh!..caner bleh lupe nak beli groceries
ni?? Nak makan apa ni??” bisik Akiyla. Akiyla menyelongkar cabinet dapurnya.
“Roti!!
Gotcha! Alamak!.. 2 keping jer?”
getus Akiyla “Ah!..never mind.”
Akiyla menyapu peanut butter yang
masih tersisa. Lalu diletakkannya di atas pinggan.
“Aisya!
Aku dah prepare breakfast tuk kau ni.
Jangan lupa makan tau! Aku pergi office dulu,”
pesan Akiyla.
Akiyla
tidak menjamah sarapan yang dia sediakan tadi. Kedua-dua keping roti tadi dia
tinggalkan untuk Aisya. Itulah sifat Akiyla Shaqiyra. Seorang yang begitu
mementingkan sahabatnya. Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi. Akiyla memang selalu
sampai awal ke pejabat. Dia merupakan orang kedua terawal selepas ‘pak guard’.
“Hai
Kiyla! Awal sampai?” sapa satu suara yang tidak asing lagi di Pearl Holding.
“Hmmm…macam
kenal je pemilik suara tu.” Bisik Akiyla. Dia menoleh ke belakang. “Patotla
macam kenal, big boss rupanya!”
gerutu Akiyla dalam hati.
“Eh!!
Encik Ashraff buat apa kat sini? Eh..maksud saya, ada apa pagi-pagi lagi encik
masuk pejabat harini?” soal Akiyla kehairanan.
“Ni
syarikat aku kan? So, suka hati akulah nak masuk pagi ke petang ke malam ke, or tak nak masuk langsung! None of your business!!” sinis Encik
Ashraff.
Berderau
darah Akiyla mendengar jawapan sinis dari majikannya itu. Kolam matanya mula
bergenang,namun Akiyla pantas menyeka sebelum ianya menitis.
“Sabar
Kiyla..Sabar…” Akiyla memujuk hatinya.
Akiyla
menyusun langkahnya menuju ke mejanya untuk memulakan tugasannya hari ini.
Sedang asyik Akiyla menyiapkan kerjanya, telefon di sisi kanan mejanya berdering.
“Hello… Good morning..Akiyla speaking,”
tuturnya lembut.
“Masuk
bilik saya sekarang.” Tegas suara En. Ashraff.
Tanpa
banyak bicara, Akiyla terus mengatur langkah menuju ke bilik bossnya. Sampai sahaja di depan pintu
bilik majikannya itu, Akiyla menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk pintu.
Tok!!…tok!!
Akiyla mengetuk.
“Masuklah!”
En.Ashraff menjawab kasar. Akiyla membatu di depan En.Ashraff.
“Asal tercegat je?! Tak reti nak duduk?!”
bentak En.Ashraff.
Akiyla
hanya menurut arahan dari majikannya tanpa sepatah kata. Dia sudah malas
melayan majikannya yang kepala angin itu. Apa saja yang keluar dari bibir
En.Ashraff hanya diiakan saja oleh Akiyla.
“Asal
harini kau baik sangat hah? Tak menjawab langsung. Kau demam eh?” soal
En.Ashraff kebingungan.
Akiyla
hanya menggelengkan kepalanya.
“Ada
apa-apa lagi ke Encik Ashraff? Kalau takde,saya keluar dulu.” Tutur Akiyla
lemah.
“Ok.”
Ringkas jawapan Encik Ashraff.
“Apa
yang tak kena dengan budak ni harini?” gumam En.Ashraff.
Akiyla
kembali ke mejanya dan meneruskan sisa kerjanya untuk hari itu. Encik Ashraff
mencuri pandang Akiyla dari biliknya. Hatinya tidak puas kerana Akiyla tidak memberi
sebarang reaksi seperti kebiasaannya. Wajah Akiyla kelihatan sugul.
“Kiyla!
Kiyla! jom keluar lunch.” Eika
mengajak.
“Eh..dah
waktu lunch eh? Tak sedar pulak aku.
Kejap eh aku nak habiskan ayat terakhir jap. Okey da siap. Jom kita pegi breakfast! Hehe..”
“Ape
pulak breakfast? Lunch la mak cik Kiyla! Muda-muda lagi da nyanyuk! Haha...” Eika
mengusik.
“Untuk
kau memangla lunch,tapi aku ni baru
nak breakfast tau.” Balas Akiyla
manja.
“Laaaa…asal
kau tak makan pagi tadi? Tak elok tau skip
sarapan.” Nasihat Eika bersungguh.
“Yela,
aku tahu. Memagla aku berhajat nak sarapan tadi, tapi…..ahhh takde papelah.”
Akiyla mematikan ayatnya.
“Tapi?
Tapi apa pulak ni?” soal Eika inginkan jawapan.
“Alah..Takde
papelah. Dah la jom cepat! Aku da lapar nih. Karang habis pulak makanan kat
kafe tu,kebulur la aku nanti!!” gesa Akiyla.
Sedang
mereka asyik bersembang, Akiyla tidak sedar bahawa ada sepasang anak mata yang
sedang memerhatikan gelagatnya. Ya! Encik Ashraff Shaqir sedang memerhatikan
Akiyla Shaqiyra. Selesai
menjamu selera, Akiyla menuju ke kaunter untuk membayar makanannya.
“Cik,
dah ada orang bayarkan untuk cik tadi.” Ujar juruwang kafe tersebut.
“Hah??
Awak biar betul? Salah orang kot?” soal Akiyla inginkan kepastian.
“Betul cik. cik ni…Cik Akiyla kan?”
to be continue...........
No comments:
Post a Comment