Friday, 29 November 2013

Hatiku Menangis Sendu...........Part 4

“Macam-macamla adik bongsu Kiyla ni! Ada je hal dia buat orang cuak.” Akiyla bermonolog.

“Uiksss cik adik! Ni apehal tersengih sorang-sorang macam kerang busuk ni? Sampai aku masuk umah pun kau tak perasan!” sergah Aisya.

“Eh…kau da balik? hehehe..sorry tak perasan. Ni haaaa…ibu aku hantar mesej,dia citer pasal adik aku yang bongsu tu terkunci dalam bilik.”

“Laaa..yeke? caner boleh terkunci?” soal Aisya beriya.

“Hmmm…kalau adik aku yang tu, memang aku tak heranla caner dia boleh terkunci. Dia punye hyperactive! Subhanallah!! Tu je aku mampu describe!” jelas Akiyla dengan nada bersungguh. Akiyla dan Aisya ketawa bagai nak rak memecahkan kesunyian rumah sewa mereka.

No wonder la adik kau macam tu,tengokla sape kakak dia!” tambah Aisya lagi.

“Amboi…kau perli aku eh? hahah..Dah la, baik kau pergi mandi. Aku tunggu kau dari tadi,perut aku dah berkeroncong ni. Cepat!!” jerit Akiyla dalam nada manja.

  “Ok boss!” balas Aisya bersahaja.

     Akiyla dan Aisya makan malam bersama sambil menonton rancangan kegemaran mereka iaitu Music Bank. Mereka berdua berkongsi minat yang hampir sama. Mungkin disebabkan hal itu, mereka berdua menjadi sangat akrab.

     Tepat jam 12.00 tengah malam, telefon Akiyla mula berbunyi tanpa henti untuk beberapa ketika. Ya! Hari ini merupakan hari lahir Akiyla Shaqiyra! Tanggal 9 Mac 2012 genaplah usia Akiyla 24 tahun.
Telefon Akiyla berbunyi dek kerana family dan sahabat handainya menghantar ucapan selamat hari lahir kepadanya. Kemudian, pintu bilik Akiyla dikuak.

“Tadaaa!! Selamat hari lahir my dear!” Aisya memasuki kamar Akiyla sambil membawa sebiji kek dan sebungkus hadiah yang cute.

     Akiyla begitu terharu kerana Aisya tidak pernah melupakan hari lahirnya. Air jernih mula bergenang di tubir mata Akiyla. Aisya menyeka air mata Akiyla sebelum ia jatuh ke pipi Akiyla.

“Tak mau sedih-sedih! Cepat potong kek ni!” pinta Aisya lembut.

Thank you Aisya! Really appreciate it! Love you so much my dear!” balas Akiyla.

     Dalam pada Akiyla happy menerima teks ucapan sempena hari lahirnya beserta surprised daripada sahabat baiknya,hati kecilnya terasa sedikit sedih kerana seseorang yang ditunggu-tunggu Akiyla masih belum mengucapkan ucapan keramat tersebut. Dan orang itu adalah ibunya! Akiyla bermonolog di dalam hatinya.

“ Mungkin harini ibu penat sangat kot! Mesti ibu dah tidur. Kesian ibu.” Akiyla memujuk hatinya sendiri.

     Keesokannya, Akiyla terus mencapai telefonnya sebaik sahaja dia bangkit dari tidur. Dengan harapan, ibunya menghantar ucapan sempena hari lahirnya. Namun, Akiyla hampa apabila dia mendapati bahawa tiada mesej ucapan daripada ibunya yang tercinta.

“Kenapa ibu belum hantar ucapan sempena hari lahir Kiyla? Selalunya ibulah insan pertama yang akan wish birthday Kiyla. Kiyla ada sakitkan hati ibu ke?” bisik Akiyla.

     Seperti biasa, Akiyla adalah orang yang paling awal sampai ke pejabat. Akiyla masih memikirkan tentang ibunya. Dia tidak dapat memberi sepenuh perhatian terhadap tugasannya. Wajahnya jelas menggambarkan dia sedang kebingungan.

Happy birthday Akiyla. May Allah bless you and your family as well.” Teman sepejabat Akiyla mengucapakannya serentak.

     Akiyla berterima kasih kepada rakan-rakan sepejabatnya kerana mengingati hari lahirnya. Hatinya bertambah sebak dek kerana ibunya belum mengucapkannya lagi.

“Akiyla! Selamat ulang tahun kelahiran!” tutur Encik Ashraff sopan.

Thanks Encik Ashraff.” jawab Akiyla gugup.

     Ashraff berlalu pergi meninggalkan Akiyla yang masih terkulat-kulat kebingungan. Akiyla sendiri kurang pasti kenapa bosnya melayannya sebegitu rupa.

“Dah bertaubat agaknya.” Ujar Akiyla perlahan.

“Kiyla, asal aku tengok kau muram je harini? Bukan ker birthday girl sepatotnya happy? Mana perginya Kiyla yang selalu happy go lucky tu?” soal Eika kehairanan.

“Aku okey je. Macam biasa je la.” Akiyla menguntum satu senyuman yang hambar.

     Berat hati Kiyla untuk membuka bicara. Dia memutuskan untuk tidak bercerita kepada Eika. Akiyla lebih selesa bercerita mengenai masalahnya kepada teman baiknya Aisya.

“Oh ya…lupa pulak tadi Encik Ashraff pesan suruh kau masuk bilik dia.”

“Sekarang?” soal Akiyla serius.

“Yela..takkan esok pulak.” jawab Eika dalam nada bergurau.

“Tenang Kiyla..tenang..Entah kenapa jantung Akiyla berdegup kencang tiap kali ingin bertentang mata dengan bosnya yang kepala angin dan kacak itu. Nafasnya turun naik. Dadanya  terasa begitu sesak.

“Apalagi yang dia nak? Aduiiii…” keluh Akiyla.

“Hai birthday girl. Nape masam mencuka je ni? You should be happy today!”

Nothing.” Jawab Akiyla ringkas.

So, you dah ada plan tak malam ni?” soal Encik Ashraff.

 “Plan? Plan apa?” soal Akiyla tidak mengerti.

Plan untuk celebrate birthday you la…” Balas Encik Ashraff bersahaja.

“Ohhh..no need to celebrate pun.” Jawab Akiyla lesu.

Encik Ashraff mengangkat keningnya seolah-olah menginginkan Akiyla menjawab dengan lebih jelas. Namun Akiyla tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tindakan Encik Ashraff. Dia hanya mendiamkan diri seribu bahasa.

Okay. You may go now.” tutur Encik Ashraff sedikit kecewa.

Okay then..by the way thanks for the wishes.” Balas Akiyla lembut.

     Dalam masa yang sama, otaknya masih ligat memikirkan kelakuan majikannya sebentar tadi yang mana sangat pelik bagi dirinya.

“Ape kena dengan bos aku ni? Macam bukan Encik Ashraff Syaqir yang aku kenal!!..Arghhhh!! Whatever!!” jerit Akiyla.

“Ibu dah lupa birthday Kiyla ke?” Hatinya mula sebak. Akiyla mencapai telefon bimbitnya seraya menelefon ibunya.

Hello… Assalamualaikum ibu…” Akiyla membuka bicara. Ada getaran pada setiap bait perkataan yang keluar dari bibir Akiyla.

“Waalaikumussalam…” suara ibunya sayup kedengaran. “Kiyla dah habis kerja?” lemah suara ibunya.

“Dah bu…Kiyla baru sampai rumah ni. Ibu sihat tak? Kenapa Kiyla dengar suara ibu macam tak sihat je?” soal Akiyla bimbang.

“Kepala ibu sakit lagi. Kiyla nak cakap dengan ayah? Ibu tak larat la sayang.” Suara ibunya begitu lemah.

     Sangkaan Akiyla ternyata benar. Ibunya memang tidak sihat. Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Akiyla membiarkannya minitis di pipinya yang putih gebu itu.

     Akiyla terlena bertemankan air mata yang membasahi pipinya. Sedang lena diulit mimpi, Akiyla tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia sempat melihat jam dinding di penjuru biliknya. Jam menunjukkan pukul 12.10 tengah malam. Skrin telefonnya tertera ‘My Beloved Sis’. Akiyla terus menjawab panggilan adiknya itu.

“Kak Kiyla! ibu!” cemas suara adiknya,Akiyra Shaqiyla.

“Kenapa dengan ibu?!” soal Akiyla cemas.

“Ibu…ibu.. tak sedarkan diri…” Akiyra menjawab dalam esakan.

“Ya Allah! Ibu!” teriak Akiyla. Dunia Akiyla seakan gelap gelita.

     Jeritan Akiyla telah mengejutkan Aisya dari tidurnya. Dia bergegas ke bilik Akiyla untuk melihat keadaan sahabatnya itu. Pintu kamar Akiyla dikuak pantas. Aisya melihat Akiyla sudah jatuh terjelopok di lantai sambil menangis teresak-esak. Aisya pantas mendapatkan teman kesayangannya lalu memeluknya dengan erat.

“Kenapa ni Kiyla? Kenapa kau nangis?” soal Aisya cemas.

“Ibu…ibu aku Aisya..ibu tak sedarkan diri! Patotla aku rasa tak sedap hati sejak dua tiga hari ni. Aku takut Aisya…takut…….” Akiyla menangis sendu.

     Luluh hati Aisya melihat Akiyla menangis tersedu-sedan. Belum pernah dia melihat Akiyla menangis sedemikian rupa. Aisya memeluk Akiyla seerat mungkin untuk menenangkannya.

“Sabar Kiyla..Istighfar…istighfar…”

“Aku nak balik! Nak jumpa ibu..” Akiyla bersuara lemah.

“Ye… Aku faham. Nanti pagi esok kita pergi cari tiket bas okay. Ni dah tengah malam, macam mana nak cari malam-malam buta camni?” pujuk Aisya.

“Aku nak balik sekarang jugak! Aku boleh bawak motor Ego aku.” rayu Akiyla.

“Jangan Kiyla..Bahaya..Kau tu perempuan. Please dengar cakap aku!” tegas Aisya.
Akiyla akur dengan apa yang dikatakan oleh kawan baiknya itu.




to be continue..........

No comments:

Post a Comment