Thursday, 5 December 2013

time ni jugak !!!!!!!!!!!!

kenape???????

Y????

aishhhhhhhhhhh!!!!!

xnampak laaaaaaa!!!!

time ni jugak la die nk rosak!!!!!

tau la da 4 taon xtkr specky....tapiiii.........

tak bole tunggu siket lagi ke??????

huhuk...

sampai atiiiiiiiiiiiiiiiii......>_<

Hatiku Menangis Sendu............Part 5


Sejam kemudian, Akiyla menelefon ayahnya untuk mendapatkan berita mengenai ibunya. 

Hello. A…yah. Ibu..ma..cam mana?” soal Akiyla dengan nada tersekat-sekat. 

“Tadi ibu masuk wad kecemasan. Ibu dah sedar lepas doctor masukkan ubat dalam badan ibu. Kakak jangan risau. Doakan ibu selamat okay.” Jawab ayahnya tenang.
 
Hati Akiyla sedikit lega mendengar perkhabaran dari ayahnya. Namun dia tetap tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu. Akiyla langsung tidak sedar pukul berapa dia tertidur sebenarnya. Akiyla tertidur kerana kepenatan menangis sepanjang malam.

Keesokannya, Akiyla bangun awal pagi untuk ke stesen bas. Matanya bengkak dek kerana manangis sepanjang malam. Akiyla bernasib baik kerana sempat mendapatkan tiket yang terakhir pada pagi itu. Bas yang bakal dinaikinya akan bertolak pada pukul 8.30 pagi.

Di saat-saat genting seperti itulah Akiyla merasakan waktu berjalan begitu perlahan. Setiap saat terasa berabad lamanya. Setelah menunggu hampir satu jam, bas yang bakal dinaiki belum jua kunjung tiba.

Akiyla semakin gelisah menantikan bas yang akan dinaikinya. Dia segera ke kaunter tiket untuk mendapatkan kepastian. Akiyla diberitahu bas tersebut dijangka tiba sedikit lewat dari waktu yang telah tercatat di tiketnya itu.

Kesabaran Akiyla begitu teruji. Dadanya menjadi sebak ekoran memikirkan ibunya yang berada di hospital. Setelah menanti hampir 30 minit, akhirnya bas yang akan dinaiki kunjung tiba. Akiyla menarik nafas lega.
Semasa dalam perjalanan menuju ke kampungnya yang terletak di Pasir Mas, Akiyla baru teringat bahawa dia belum memaklumkan perihal dirinya yang terpaksa mengambil cuti kecemasan pada hari Isnin hingga Rabu kepada majikannya.

Seraya itu, Akiyla mengeluarkan telefon dari beg galasnya. Skrin telefonnya memaparkan sepuluh missed calls dari Encik Ashraff. Akiyla tidak perasan telefonnya berbunyi kerana terlalu memikirkan ibunya. Satu pesanan ringkas dihantar kepada bosnya untuk memaklumkan keadaan dirinya yang terpaksa mengambil cuti mengejut.

Perjalanan ke Pasir Mas terasa begitu lama. Akiyla berbalas mesej dengan adiknya untuk mengetahui informasi berkenaan ibunya.

“Ibu macam mana?” mesej Akiyla kepada adiknya.

“Ibu dah sedar. Tadi Kiyma sempat bercakap dengan ibu kejap.” balas Akiyma.

Akiyla bertambah lega mendapat mesej sebegitu daripada adiknya. Selang beberapa minit kemudian, Kiyla mendapat mesej terbaru daripada adiknya iaitu Akiyra.

“Ibu mengadu mata sebelah kiri ibu sakit. Tak boleh nak bukak. Doktor cakap ibu kena transfer Hospital Kota Bharu.”

Akiyla terkejut apabila membaca mesej daripada Kiyra. Hatinya yang sedikit tenang sebentar tadi kini mulai resah gelisah kembali. Akiyla tidak henti-henti memanjatkan doa kapadaNya supaya ibunya selamat.
“Doktor dah periksa mata ibu? Caner result?” Mesej yang seterusnya dihantar oleh Akiyla.

Resah gelisah Akiyla menanti jawapan daripada adiknya itu.

“Doktor pakar dah check tadi tapi still tak tau punca. Sekarang doktor yang kedua plak tengah check,” balas Akiyra.

Nafas Akiyla makin sesak. “Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya. Kau selamatkanlah ibuku Ya Allah.” Doa Akiyla dalam hati kecilnya.
           
       “Dah dua orang doktor periksa mata ibu tapi still dorang tak tahu jugak puncanya! Ada sorang lagi doktor yang akan go through. Mudah-mudahan semua okay.” Mesej Akiyra kepada Akiyla.
              
        Telefon Akiyla berbunyi lagi. Kali ini bukan deringan mesej tetapi panggilan daripada adiknya, Kiyra. Ada getar di dada Akiyla di saat dia ingin menjawab panggilan tersebut.
           
      Hello...Kak Kiyla. Doktor pakar mata yang ketiga cakap maybe ada something kat otak ibu. Something yang mengganggu saraf mata ibu.” Terketar-ketar nada suara Akiyra.
          
          “Ya Allah!! Aku berserah padaMu Ya Allah.”

Rasa sedih sudah tidak dapat dibendung lagi. Akiyla menangis tanpa suara. Setelah hampir 9 jam, Akiyla akhirnya sampai ke destinasi. Akiyla dijemput oleh ayahnya di stesen bas Kota Bharu. Tangan dan pipi ayahnya dicium tanda kasih Akiyla terhadap ayahnya. Air matanya laju membasahi pipi.

Ayah Akiyla terus membawanya ke Hospital Kota Bharu. Akiyla sudah tidak sabar untuk peluk cium ibunya yang tersayang. Akiyla melangkah laju memasuki wad yang mana ibunya ditempatkan.

Apabila memasuki ruang wad yang mana ibunya ditempatkan, mata Akiyla terus tertancap kepada satu susuk tubuh yang sedang terbaring dan sangat dikenalinya. Tidak syak lagi, susuk tubuh itu memang benar kepunyaan ibunya yang tercinta.

Tanpa menghiraukan orang di sekeliling, Akiyla terus memeluk erat tubuh ibunya yang terbaring lesu. Kini, ibu yang paling dikasihi berada di dalam pelukannya.

“Ibu…ibu…bangun bu…Kak Kiyla dah sampai ni bu.” Tutur Akiyra perlahan.
Perlahan-lahan ibunya membuka kelopak matanya. Sayu hati Akiyla melihat ibunya sangat lemah tidak bermaya.

“Ibu…ni akak bu…Akak dah balik ni bu.” Terketar-ketar suara Akiyla.

“Sayang tak kerja ke?” soal ibu lemah.

“Tak bu. Kiyla cuti. Kiyla nak jaga ibu,” balas Kiyla menahan sebak.

“Bos Kiyla bagi ke?” soal ibu lagi.

“Bos Kiyla faham ibu.”

“Kiyla tolong gosok belakang ibu boleh?” pinta ibunya lemah.

Akiyla menurut kemahuan ibunya. Air jernih mulai minitis di pipinya. Dia melihat mata kiri ibunya bengkak. Pilu hatinya melihat keadaan ibunya yang tak berdaya.

“Ya Allah, andainya aku boleh menggantikan tempat ibuku saat ini untuk menanggung segala kesakitan yang ibu alami sekarang ini, aku sanggup Ya Allah.” Akiyla merintih sayu.



to be continue...........

Sunday, 1 December 2013

dia dia dan dia.....part 2

sape dia tu??????

errrrrrr.......

wekssssss............

sajejek kannnnnnnnnnnnnnnnnnn.........

^_^

Friday, 29 November 2013

Hatiku Menangis Sendu...........Part 4

“Macam-macamla adik bongsu Kiyla ni! Ada je hal dia buat orang cuak.” Akiyla bermonolog.

“Uiksss cik adik! Ni apehal tersengih sorang-sorang macam kerang busuk ni? Sampai aku masuk umah pun kau tak perasan!” sergah Aisya.

“Eh…kau da balik? hehehe..sorry tak perasan. Ni haaaa…ibu aku hantar mesej,dia citer pasal adik aku yang bongsu tu terkunci dalam bilik.”

“Laaa..yeke? caner boleh terkunci?” soal Aisya beriya.

“Hmmm…kalau adik aku yang tu, memang aku tak heranla caner dia boleh terkunci. Dia punye hyperactive! Subhanallah!! Tu je aku mampu describe!” jelas Akiyla dengan nada bersungguh. Akiyla dan Aisya ketawa bagai nak rak memecahkan kesunyian rumah sewa mereka.

No wonder la adik kau macam tu,tengokla sape kakak dia!” tambah Aisya lagi.

“Amboi…kau perli aku eh? hahah..Dah la, baik kau pergi mandi. Aku tunggu kau dari tadi,perut aku dah berkeroncong ni. Cepat!!” jerit Akiyla dalam nada manja.

  “Ok boss!” balas Aisya bersahaja.

     Akiyla dan Aisya makan malam bersama sambil menonton rancangan kegemaran mereka iaitu Music Bank. Mereka berdua berkongsi minat yang hampir sama. Mungkin disebabkan hal itu, mereka berdua menjadi sangat akrab.

     Tepat jam 12.00 tengah malam, telefon Akiyla mula berbunyi tanpa henti untuk beberapa ketika. Ya! Hari ini merupakan hari lahir Akiyla Shaqiyra! Tanggal 9 Mac 2012 genaplah usia Akiyla 24 tahun.
Telefon Akiyla berbunyi dek kerana family dan sahabat handainya menghantar ucapan selamat hari lahir kepadanya. Kemudian, pintu bilik Akiyla dikuak.

“Tadaaa!! Selamat hari lahir my dear!” Aisya memasuki kamar Akiyla sambil membawa sebiji kek dan sebungkus hadiah yang cute.

     Akiyla begitu terharu kerana Aisya tidak pernah melupakan hari lahirnya. Air jernih mula bergenang di tubir mata Akiyla. Aisya menyeka air mata Akiyla sebelum ia jatuh ke pipi Akiyla.

“Tak mau sedih-sedih! Cepat potong kek ni!” pinta Aisya lembut.

Thank you Aisya! Really appreciate it! Love you so much my dear!” balas Akiyla.

     Dalam pada Akiyla happy menerima teks ucapan sempena hari lahirnya beserta surprised daripada sahabat baiknya,hati kecilnya terasa sedikit sedih kerana seseorang yang ditunggu-tunggu Akiyla masih belum mengucapkan ucapan keramat tersebut. Dan orang itu adalah ibunya! Akiyla bermonolog di dalam hatinya.

“ Mungkin harini ibu penat sangat kot! Mesti ibu dah tidur. Kesian ibu.” Akiyla memujuk hatinya sendiri.

     Keesokannya, Akiyla terus mencapai telefonnya sebaik sahaja dia bangkit dari tidur. Dengan harapan, ibunya menghantar ucapan sempena hari lahirnya. Namun, Akiyla hampa apabila dia mendapati bahawa tiada mesej ucapan daripada ibunya yang tercinta.

“Kenapa ibu belum hantar ucapan sempena hari lahir Kiyla? Selalunya ibulah insan pertama yang akan wish birthday Kiyla. Kiyla ada sakitkan hati ibu ke?” bisik Akiyla.

     Seperti biasa, Akiyla adalah orang yang paling awal sampai ke pejabat. Akiyla masih memikirkan tentang ibunya. Dia tidak dapat memberi sepenuh perhatian terhadap tugasannya. Wajahnya jelas menggambarkan dia sedang kebingungan.

Happy birthday Akiyla. May Allah bless you and your family as well.” Teman sepejabat Akiyla mengucapakannya serentak.

     Akiyla berterima kasih kepada rakan-rakan sepejabatnya kerana mengingati hari lahirnya. Hatinya bertambah sebak dek kerana ibunya belum mengucapkannya lagi.

“Akiyla! Selamat ulang tahun kelahiran!” tutur Encik Ashraff sopan.

Thanks Encik Ashraff.” jawab Akiyla gugup.

     Ashraff berlalu pergi meninggalkan Akiyla yang masih terkulat-kulat kebingungan. Akiyla sendiri kurang pasti kenapa bosnya melayannya sebegitu rupa.

“Dah bertaubat agaknya.” Ujar Akiyla perlahan.

“Kiyla, asal aku tengok kau muram je harini? Bukan ker birthday girl sepatotnya happy? Mana perginya Kiyla yang selalu happy go lucky tu?” soal Eika kehairanan.

“Aku okey je. Macam biasa je la.” Akiyla menguntum satu senyuman yang hambar.

     Berat hati Kiyla untuk membuka bicara. Dia memutuskan untuk tidak bercerita kepada Eika. Akiyla lebih selesa bercerita mengenai masalahnya kepada teman baiknya Aisya.

“Oh ya…lupa pulak tadi Encik Ashraff pesan suruh kau masuk bilik dia.”

“Sekarang?” soal Akiyla serius.

“Yela..takkan esok pulak.” jawab Eika dalam nada bergurau.

“Tenang Kiyla..tenang..Entah kenapa jantung Akiyla berdegup kencang tiap kali ingin bertentang mata dengan bosnya yang kepala angin dan kacak itu. Nafasnya turun naik. Dadanya  terasa begitu sesak.

“Apalagi yang dia nak? Aduiiii…” keluh Akiyla.

“Hai birthday girl. Nape masam mencuka je ni? You should be happy today!”

Nothing.” Jawab Akiyla ringkas.

So, you dah ada plan tak malam ni?” soal Encik Ashraff.

 “Plan? Plan apa?” soal Akiyla tidak mengerti.

Plan untuk celebrate birthday you la…” Balas Encik Ashraff bersahaja.

“Ohhh..no need to celebrate pun.” Jawab Akiyla lesu.

Encik Ashraff mengangkat keningnya seolah-olah menginginkan Akiyla menjawab dengan lebih jelas. Namun Akiyla tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tindakan Encik Ashraff. Dia hanya mendiamkan diri seribu bahasa.

Okay. You may go now.” tutur Encik Ashraff sedikit kecewa.

Okay then..by the way thanks for the wishes.” Balas Akiyla lembut.

     Dalam masa yang sama, otaknya masih ligat memikirkan kelakuan majikannya sebentar tadi yang mana sangat pelik bagi dirinya.

“Ape kena dengan bos aku ni? Macam bukan Encik Ashraff Syaqir yang aku kenal!!..Arghhhh!! Whatever!!” jerit Akiyla.

“Ibu dah lupa birthday Kiyla ke?” Hatinya mula sebak. Akiyla mencapai telefon bimbitnya seraya menelefon ibunya.

Hello… Assalamualaikum ibu…” Akiyla membuka bicara. Ada getaran pada setiap bait perkataan yang keluar dari bibir Akiyla.

“Waalaikumussalam…” suara ibunya sayup kedengaran. “Kiyla dah habis kerja?” lemah suara ibunya.

“Dah bu…Kiyla baru sampai rumah ni. Ibu sihat tak? Kenapa Kiyla dengar suara ibu macam tak sihat je?” soal Akiyla bimbang.

“Kepala ibu sakit lagi. Kiyla nak cakap dengan ayah? Ibu tak larat la sayang.” Suara ibunya begitu lemah.

     Sangkaan Akiyla ternyata benar. Ibunya memang tidak sihat. Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Akiyla membiarkannya minitis di pipinya yang putih gebu itu.

     Akiyla terlena bertemankan air mata yang membasahi pipinya. Sedang lena diulit mimpi, Akiyla tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia sempat melihat jam dinding di penjuru biliknya. Jam menunjukkan pukul 12.10 tengah malam. Skrin telefonnya tertera ‘My Beloved Sis’. Akiyla terus menjawab panggilan adiknya itu.

“Kak Kiyla! ibu!” cemas suara adiknya,Akiyra Shaqiyla.

“Kenapa dengan ibu?!” soal Akiyla cemas.

“Ibu…ibu.. tak sedarkan diri…” Akiyra menjawab dalam esakan.

“Ya Allah! Ibu!” teriak Akiyla. Dunia Akiyla seakan gelap gelita.

     Jeritan Akiyla telah mengejutkan Aisya dari tidurnya. Dia bergegas ke bilik Akiyla untuk melihat keadaan sahabatnya itu. Pintu kamar Akiyla dikuak pantas. Aisya melihat Akiyla sudah jatuh terjelopok di lantai sambil menangis teresak-esak. Aisya pantas mendapatkan teman kesayangannya lalu memeluknya dengan erat.

“Kenapa ni Kiyla? Kenapa kau nangis?” soal Aisya cemas.

“Ibu…ibu aku Aisya..ibu tak sedarkan diri! Patotla aku rasa tak sedap hati sejak dua tiga hari ni. Aku takut Aisya…takut…….” Akiyla menangis sendu.

     Luluh hati Aisya melihat Akiyla menangis tersedu-sedan. Belum pernah dia melihat Akiyla menangis sedemikian rupa. Aisya memeluk Akiyla seerat mungkin untuk menenangkannya.

“Sabar Kiyla..Istighfar…istighfar…”

“Aku nak balik! Nak jumpa ibu..” Akiyla bersuara lemah.

“Ye… Aku faham. Nanti pagi esok kita pergi cari tiket bas okay. Ni dah tengah malam, macam mana nak cari malam-malam buta camni?” pujuk Aisya.

“Aku nak balik sekarang jugak! Aku boleh bawak motor Ego aku.” rayu Akiyla.

“Jangan Kiyla..Bahaya..Kau tu perempuan. Please dengar cakap aku!” tegas Aisya.
Akiyla akur dengan apa yang dikatakan oleh kawan baiknya itu.




to be continue..........

Ma .....

Miss u sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo muchhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ='(

Thursday, 28 November 2013

dia dia dan dia....=p

awakkkkkkkkkkk......

ooooooooooooo........

awakkkkkkkkkkkk!!!!


awak comey laaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

^___^

menu hari ni...............

aineh menu special sangat!!!!!!!

mmg puas hati sgt...........errrrrrr

syukur dpt jgk mkn.......kn3???

even magy jer......kna bersyukur ok!!!

Syukur Ya Allah dengan rezeki hari ni.......\(^_^ )/


Hatiku Menangis Sendu......Part 3





“Betul cik. cik ni…Cik Akiyla kan?”

“Uihh..Macam mana dia tau nama aku plak nih?” gumam Akiyla. Wajah Akiyla jelas kelihatan kebingungan.

“Ahhh..Biarlah..buat penat otak je nak pikir! Rezeki Allah bagi la tu Kiyla oiiiii! Cuba belajar bersyukur sikit. Alhamdulillah…” Akiyla tersenyum.

      Akiyla dan Eika balik ke pejabat untuk meneruskan kerja masing-masing. Sebelum menyambung kerja,Akiyla ke surau untuk solat zuhur. Dalam perjalanannya menuju ke surau, Akiyla terserempak dengan majikannya. Mata Akiyla terpana melihat ketampanan Encik Ashraff bersongkok.

 “Mak aih…hensem jugak rupanya bos aku nih. Lebih-lebih lagi kalau dia pakai songkok macamni. Sejuk hati ni tengok. Indahnya ciptaan Allah!!” Hati Akiyla berbisik sambil mengukir senyuman.

“Dah sampai mana?” satu suara berbisik. Akiyla tersentak apabila suara tersebut memasuki saluran pendengarannya.

“Hah?? Sampai mana apa??” soal Akiyla kebingungan. Jantungnya berdegup kencang tatkala melihat susuk tubuh yang dikenalinya itu berada betul-betul di hadapannya.

“Encik Ashraff!!” jerit Akiyla di dalam hati.

     Matanya betul-betul bertentangan dengan mata Encik Ashraff. Encik Ashraff melirik sebuah senyuman kepada Akiyla. Jantung Akiyla seakan terhenti untuk seketika. Mana tidaknya, baru pertama kali dia dapat melihat
senyuman majikannya itu. Ternyata senyumannya begitu manis sekali.

“Mungkin sebab itulah Encik Ashraff jarang senyum, boleh cair wanita-wanita kat dunia ni bila tengok senyuman dia tu!”  hati Akiyla berbisik.
Akiyla mengetuk-ngetuk kepalanya sebagai tanda dia tidak bermimpi. Ternyata memang benar dia tidak bermimpi.

“Encik Ashraff ni kena samp…..”

“Apa? Awak cakap apa?” belum sempat Akiyla menghabiskan ayatnya, Encik Ashraff mencelah.

Sekali lagi Akiyla merasakan seperti satu badannya terkena renjatan elektrik.

“Awak? Dia bahasakan awak? Biar betul mamat ni? Demam panas ke apa?” Akiyla bertambah bingung.

“Eh…Takde pape encik! By the way,encik nampak hensem sangat bila pakai songkok tu.” Spontan ucapan berbentuk pujian keluar dari mulut Akiyla.

“Oh..Thanks. If awak tak cakap pun, saya dah lama tahu.” Balas En.Ashraff sambil mengenyitkan matanya. Akiyla tersenyum kelat.

“Huhhhhh! Perasan tahap gaban mamat ni!” jerit hati kecil Akiyla. Dia menyesal menuturkan kata-kata tadi.

“Apa yang kau dah buat ni Kiyla? Nanti ape pulak yang dia fikir! Arghhhh!” Akiyla mengeluh.

     Akiyla asyik merenung jam tangan B.U.M miliknya. Entah kenapa Akiyla merasakan waktu berlalu begitu perlahan sejak dia selesai solat zuhur tadi. Jam tangannya baru menunjukkan jam 3 petang.

“Hah? Baru pukul 3? Betol ke tak jam aku nih?” sambil tangan kanannya mengetuk-ngetuk jam yang dipakai di tangan kidalnya itu.

“Dah kau ni kenapa Kiyla? cam ayam berak kapur dah aku tengok!” tegur Eika.

“Kenapa gelisah semacam ni? Kau sakit ke?” soal Eika lagi.

“Kau tak rasa pelik ke?”  Akiyla menyoal kembali.

“Apa yang peliknya? Biasa je. Aku tengok kau tu yang pelik sejak balik dari surau tadi. Asal weh?” balas Eika.

“Apa pulak aku? Ishhhh kau nih! Kau tak rasa ke masa berjalan lambat sangat harini? Kau tak rasa camtu ke? Ke aku sorang je yang rasa?” Ishhhh! Buang masa je aku pikir. Baik aku siapkan kerja aku yang berlambak ni!” gerutu Akiyla.

     Eika tersenyum melihat gelagat temannya, si Akiyla. Sedang asyik Akiyla menyiapkan kerjanya, kedengaran satu suara nyaring menyapanya.

“Hai..Cik Akiyla sayang….tak nak balik ke? Tadi bukan main beriya tengok jam kat tangan tu. Sekarang dah pukul 5.00 petang pun kau still menghadap pc tu.” tegur Eika.

“Hah..dah pukul 5.00 eh? Yes! Dah boleh balik!” jerit Akiyla keriangan.

“Kau ni dah macam kanak-kanak ribena dah aku tengok. Happy cam budak-budak nak balik skola!” Eika mengomel.

Of course la aku happy,esok kan my special day!” balas Akiyla dalam nada gembira.

     Dalam perjalanan pulang, Akiyla singgah ke supermarket untuk membeli barang dapur yang sudah habis. Dan benda yang paling penting untuk dibeli ialah biskut Oreo kegemarannya dan susu  Anlene perisa coklat. Akiyla sememangnya hantu oreo dan hantu susu.

     Setelah sampai di rumah, tanpa berlengah Akiyla membersihkan diri dan menunaikan solat Asar. Usai solat, Akiyla bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam. Akiyla mencapai telefon bimbitnya dan menelefon kawan baiknya, Aisya.

“Helo…Aisya, kau katne? Harini kau tak payah susah-susah tapaw makanan ek. Aku masak special untuk kau harini. Baik tak aku? Hahaha…” Akiyla tergelak kecil.

     Selesai memasak,Akiyla ke ruang tamu untuk berehat sementara menanti Aisya balik. ‘kau selalu ada…tika gelisah….kau beri senyuman..bila kuresah………’ telefon Akiyla berdering. Akiyla berlari-lari anak mendapatkan telefonnya yang berada di dapur.

     Tersenyum sendiri tatkala melihat ‘My Beloved Mom’  tertera di skrin telefonnya. Akiyla lantas membaca mesej daripada ibunya.

“Adik terkunci dalam bilik tadi. Ayah pulak takde kat rumah. Adik nangis-nangis dalam bilik tu. Ibu mintak tolong jiran kita bukakkan tombol pintu. Lama jugakla adik terkunci. Syukur jiran kita sudi tolong. Bila dia bukak je pintu, boleh pulak adik cakap dia tak nangis pun. Ibu punyalah risaukan dia,boleh pulak dia melawak. Adoiiiii!”

     Akiyla tergelak membaca pesanan ringkas daripada ibunya.

“Macam-macamla adik bongsu Kiyla ni! Ada je hal dia buat orang cuak.” Akiyla bermonolog.




to be continue.......

Wednesday, 27 November 2013

tidur.....

tido la mata....

tido........

Ya Allah....

lapangkanlah dadaku ini.....

be strong.....





tak larat.......

ermmmm.....

da lama tak rase saket blakng cmni....

saket...........

saket...........

saket............='(

Ya Allah............

Aku tahu Kau sedang berbicara denganku..... =')

Monday, 25 November 2013

RINDU!!!!! =(((((

Ya Allah rindunye!!!!

rindu kat arwah ma....='(((

rindu kat abah!!

rindu kat adek2!!! (Payes!! kak ngah rindu adek payes!! abang iman pon k.ngah rinduuuu!!)

rindu kat kakak sukak!! (blaja leklok kt sana!!)

rindu kat kak sha susha!!(be a gud daughter!! ustazah pilihan!! heheh)

rindu kat sucik!!(rindu time ang single mingle duluuu...heheh)

rindu kat subang!!

NGAH RINDU KORANG SUMER!!!!! SIYES!!!! XTIPUUUU!!! =((((

HATIKU MENANGIS SENDU.......

PART 2


“Akiyla! Akiyla! Akiyla Shaqiyra!”
          
          Tersentak Akiyla dari lamunan sebaik sahaja mendengar laungan Encik Ashraff. Ya, Encik Ashraff adalah majikan Akiyla. Dalam erti kata lain, Encik Ashraff merupakan ‘big boss’ kepada Akiyla dan semua kakitangan di Pearl Holding.
Yes?” Jawabnya termangu-mangu. “Our client mintak invois. You better hurry up!” Tegas suara majikannya.
“Hah? Invois? Which one?” Gumamnya dalam hati.

          “Ni apehal dahi berkerut seribu nih? Apa masalah  kau ni Kiyla? Macam kena sam….” Belum sempat Encik Ashraff menghabiskan ayatnya, Akiyla laju mencelah.

“Oh yaaaa…baru I ingat! Semalam Memos ada mintak dorang punye invois. Okey..okey.. sekarang jugak I email  ye boss. Tengok ni, I dah tekan button send dah. Ok done! Sengaja Akiyla mematikan percakapan bosnya .

Merona merah muka Encik Ashraff yang sebelumnya putih bersih menahan marah dek ayat-ayat yang keluar dari bibir Akiyla yang kecil molek itu.
“Hah..padan dengan muka kau. Merah padam muka! Ada je hal yang kau tak puas hati ngan aku kan! Mentang-mentang kau big boss, kau bleh cakap suka hati ah? No way!!” Omel Akiyla sendiri.

Dari hari first Akiyla jejakkan kaki ke Pearl Holding untuk interview, sampailah sekarang Encik Ashraff Syaqir  tidak seteru dengan Akiyla.
“Kalau kau tak suka aku, asal ambik jugak aku kerja kat company kau? Hishh..tak paham aku!” Akiyla bermonolog sendiri.
“Ni mesti sebab kau dah jatuh hati ngan aku kan?? Kau saja tak nak tunjuk kan? Ego la konon! Huhhh!!” Akiyla mengomel sendiri.

“Hahah…kau jangan nak beranganla Akiyla Shaqiyra oiiii!! Sebelah mata pun dia tak pandang orang macam kita nih…” sampuk Eika, teman sepejabat Akiyla dengan nada yang agak nyaring.
Berderai gelak tawa mereka berdua, seterusnya diikuti oleh teman sepejabat lain yang mendengar omelan Akiyla dan Eika sebentar tadi.

“Yela Cik Eika, aku sedar aku ni kuli je kat sini. Tapi kan…kalau betul big boss kita tu syok kat aku caner?? Hahahahaha….” Akiyla berjenaka.

“Kalau betul, untungla kau Kiyla! Cuci kaki je nanti!” balas Eika.
“Huh! Tak hingin aku!” Akiyla mencebikkan bibirnya yang merah bak delima.

“Apa yang awak semua sembangkan lagi ni? Mulut bukan main laju menyembang, kerja tak jugak jalan-jalan! Dah! Pergi buat kerja!” tegas kedengaran suara Encik Ashraff.

“Eh..kitorang sembang-sembang pun tapi keje jalan ok!” gerutu Akiyla.
Dalam tak sedar, Akiyla telah terlupa sejenak mengenai hal ibunya semalam. Jam menunjukkan tepat pukul 5.00 petang. Akiyla mengemaskan mejanya untuk pulang. Akiyla memecut laju scooter Ego kesayangannya.

 Akiyla merebahkan tubuhnya di atas katil. Dalam beberapa minit, Akiyla terlelap. Penat agaknya dek kerana semalam dia tak cukup tidur kerana terlalu memikirkan ibunya di kampung.
 “Kiyla..Kiyla..bangun…dah pukul 6 petang ni. Dah solat belum?” kejut Aisya,teman serumah Akiyla merangkap teman baiknya.
“Hah? Pukul 7? Ya Allah! aku tak solat Asar lagi Aisya!” Akiyla bingkas bangun dari katilnya. Pintu almari pakaiannya dibuka.

“Ehem…ehem…Cik Akiyla sayang, nak buat apa bukak pintu almari tu? Nak ambik air sembahyang ke? Pintu bilik air kat sana. Tegur Aisya sambil terkekek menahan tawa.
Muka Akiyla merah padam menahan malu. Gelagatnya sentiasa menjadi bahan gelak tawa Aisya.
“Haaa…kan aku dah pesan…jangan tidur lepas waktu Asar. Kan dah malalut tak tentu pasal. Dah…pergi solat then mandi. Nanti kita dinner sama-sama ek. Aku dah belikan makanan tuk dinner,” ujar Aisya.
Sambil menggosok mata, Akiyla tersenyum.
Thank you cayang! Kau macam tau-tau je kan aku tengah lapar nih,” balas Akiyla dalam nada yang manja.
“Sape tak kenal Akiyla Shaqiyra yang suka mengada-ngada nih kan!”
“Hihihihihi….” Akiyla tergelak manja.

Usai solat dan mandi, Akiyla dan Aisya makan malam bersama. Selesai makan, mereka menonton televisyen di ruang tamu. Akiyla sering menceritakan tentang hal-hal yang berlaku di pejabatnya kepada Aisya. Aisya akan menjadi pendengar setia kepada cerita-cerita  Akiyla.

Sedang rancak Akiyla bercerita, dia menoleh ke sisinya. Ternyata sahabat baiknya telah lena dibuai mimpi. Akiyla tersenyum sendiri. Ini bukan kali pertama Aisya terlena tatkala Akiyla sedang rancak berceloteh.

“Eh…mak cik ni boleh pulak dia tidur masa aku syok bercerita!!” dibibirnya terukir senyuman yang begitu manis.

“Aisya…Aisya…bangun…jom masuk tidur dalam bilik,” kejut Akiyla dengan lemah lembut.

“Eh…Kiyla..maaf aku tertidur tadi. Okey… kau sambungla balik, aku dengar ni,” pinta Aisya bersungguh-sungguh.

“Laaaa…takpelah. Kau dah ngantuk sangat dah aku tengok. Jangan nak paksa mata kau tu! Lain kali kita sambung ek. Dah, jom masuk tidur.” Balas Akiyla.

Alarm telefon bimbit Akiyla memecah keheningan pagi subuh. Usai mandi dan solat subuh, Akiyla terus ke ruang dapur untuk menyediakan sarapan sebelum ke pejabat. Pintu peti ais dibuka cermat untuk mengambil bahan-bahan untuk dijadikan sarapan. Bulat biji mata Akiyla apabila melihat tiada apa-apa yang boleh dijadikn sarapan.
“Kosong?? Aduh!..caner bleh lupe nak beli groceries ni?? Nak makan apa ni??” bisik Akiyla. Akiyla menyelongkar cabinet dapurnya.

“Roti!! Gotcha! Alamak!.. 2 keping jer?” getus Akiyla “Ah!..never mind.” Akiyla menyapu peanut butter yang masih tersisa. Lalu diletakkannya di atas pinggan.

“Aisya! Aku dah prepare breakfast tuk kau ni. Jangan lupa makan tau! Aku pergi office dulu,” pesan Akiyla.

Akiyla tidak menjamah sarapan yang dia sediakan tadi. Kedua-dua keping roti tadi dia tinggalkan untuk Aisya. Itulah sifat Akiyla Shaqiyra. Seorang yang begitu mementingkan sahabatnya. Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi. Akiyla memang selalu sampai awal ke pejabat. Dia merupakan orang kedua terawal selepas ‘pak guard’.

“Hai Kiyla! Awal sampai?” sapa satu suara yang tidak asing lagi di Pearl Holding.
“Hmmm…macam kenal je pemilik suara tu.” Bisik Akiyla. Dia menoleh ke belakang. “Patotla macam kenal, big boss rupanya!” gerutu Akiyla dalam hati.
“Eh!! Encik Ashraff buat apa kat sini? Eh..maksud saya, ada apa pagi-pagi lagi encik masuk pejabat harini?” soal Akiyla kehairanan.
“Ni syarikat aku kan? So, suka hati akulah nak masuk pagi ke petang ke malam ke, or tak nak masuk langsung! None of your business!!” sinis Encik Ashraff.

Berderau darah Akiyla mendengar jawapan sinis dari majikannya itu. Kolam matanya mula bergenang,namun Akiyla pantas menyeka sebelum ianya menitis.

“Sabar Kiyla..Sabar…” Akiyla memujuk hatinya.

Akiyla menyusun langkahnya menuju ke mejanya untuk memulakan tugasannya hari ini. Sedang asyik Akiyla menyiapkan kerjanya, telefon di sisi kanan mejanya berdering.

HelloGood morning..Akiyla speaking,” tuturnya lembut.
“Masuk bilik saya sekarang.” Tegas suara En. Ashraff.

Tanpa banyak bicara, Akiyla terus mengatur langkah menuju ke bilik bossnya. Sampai sahaja di depan pintu bilik majikannya itu, Akiyla menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk pintu.

Tok!!…tok!! Akiyla mengetuk.
“Masuklah!” En.Ashraff menjawab kasar. Akiyla membatu di depan En.Ashraff.
 “Asal tercegat je?! Tak reti nak duduk?!” bentak En.Ashraff.

Akiyla hanya menurut arahan dari majikannya tanpa sepatah kata. Dia sudah malas melayan majikannya yang kepala angin itu. Apa saja yang keluar dari bibir En.Ashraff hanya diiakan saja oleh Akiyla.
“Asal harini kau baik sangat hah? Tak menjawab langsung. Kau demam eh?” soal En.Ashraff kebingungan.

Akiyla hanya menggelengkan kepalanya.
“Ada apa-apa lagi ke Encik Ashraff? Kalau takde,saya keluar dulu.” Tutur Akiyla lemah.
“Ok.” Ringkas jawapan Encik Ashraff.
“Apa yang tak kena dengan budak ni harini?” gumam En.Ashraff.

Akiyla kembali ke mejanya dan meneruskan sisa kerjanya untuk hari itu. Encik Ashraff mencuri pandang Akiyla dari biliknya. Hatinya tidak puas kerana Akiyla tidak memberi sebarang reaksi seperti kebiasaannya. Wajah Akiyla kelihatan sugul.

“Kiyla! Kiyla! jom keluar lunch.” Eika mengajak.
“Eh..dah waktu lunch eh? Tak sedar pulak aku. Kejap eh aku nak habiskan ayat terakhir jap. Okey da siap. Jom kita pegi breakfast! Hehe..”
“Ape pulak breakfast? Lunch la mak cik Kiyla! Muda-muda lagi da nyanyuk! Haha...” Eika mengusik.
“Untuk kau memangla lunch,tapi aku ni baru nak breakfast tau.” Balas Akiyla manja.
“Laaaa…asal kau tak makan pagi tadi? Tak elok tau skip sarapan.” Nasihat Eika bersungguh.
“Yela, aku tahu. Memagla aku berhajat nak sarapan tadi, tapi…..ahhh takde papelah.” Akiyla mematikan ayatnya.
“Tapi? Tapi apa pulak ni?” soal Eika inginkan jawapan.
“Alah..Takde papelah. Dah la jom cepat! Aku da lapar nih. Karang habis pulak makanan kat kafe tu,kebulur la aku nanti!!” gesa Akiyla.

Sedang mereka asyik bersembang, Akiyla tidak sedar bahawa ada sepasang anak mata yang sedang memerhatikan gelagatnya. Ya! Encik Ashraff Shaqir sedang memerhatikan Akiyla Shaqiyra. Selesai menjamu selera, Akiyla menuju ke kaunter untuk membayar makanannya.

“Cik, dah ada orang bayarkan untuk cik tadi.” Ujar juruwang kafe tersebut.
“Hah?? Awak biar betul? Salah orang kot?” soal Akiyla inginkan kepastian.
“Betul cik. cik ni…Cik Akiyla kan?”             


to be continue...........

Sunday, 24 November 2013

Thursday, 11 July 2013

HATIKU MENANGIS SENDU.....





Assalamualaikum...( feel excited cOz this is my 1st entry...haha.. \(^_^)/ )

Hmmmm...akhirnya jadi jugak belog aku...this is for you MOM..
U will always in my HEART~ 







missing u 'MOM'


PART 1


        Tanggal 6 Mac 2012, telefon Akiyla berbunyi. Hatinya berbunga riang mendapatkan telefon Sony Ericsson yang berwarna hitam miliknya itu. Lubuk hatinya sudah dapat meneka siapakah gerangan yang menghantar pesanan ringkas ke nombornya itu.

Sambil tersengih-sengih macam kerang busuk Akiyla melihat nama pengirim tersebut. Tepat sangkaannya! ‘My Beloved Mom’ jelas tertera di skrin telefonnya. Sepantas kilat Akiyla membaca mesej dari ibunya yang tersayang.

“ Tadi, Ibu tiba-tiba rasa sakit kapala. Rasa macam nak pecah je kepala ni ! Tapi ibu dah pergi klinik. Doktor cakap darah ibu tinggi sikit dari biasa. Adik tak bagi ibu tutup mata, sebab adik takut nanti ibu mati….”
“Ya Allah! Ibu!” jerit Kiyla .
            
          Tak semena-mena air jernih dari kolam matanya menitis laju menyembah bumi. Terasa jantungnya terhenti buat seketika.

Saat itu, jari-jemari Kiyla terasa begitu kaku untuk memetik nombor telefon ibunya yang sangat dia  kasihi. Dengan lemah longlai Kiyla menelefon ibunya.

Hello.. Assalamualaikum… Ibu….Ibu…Ibu...o…o…okey tak?” Soal Akiyla.
Air jernih dari kelopak mata Akiyla  lebih laju menitis berbanding tutur katanya.

“Waalaikumussalam…haaa..Ibu dah agak mesti Kiyla jadi camni. Ibu dah okey sayang. Kiyla jangan risaukan Ibu ye.” Tenang ibunya menuturkan kata-kata.
“Kiyla sa…yang Ibu! Sa…yang sangat! Kiyla tak nak Ibu tinggalkan Kiyla!” Balas Akiyla dalam sendu.
“Ye, Ibu tahu. Ibu pun sayang Kiyla. Dah jangan nangis lagi.” Jelas kedengaran getaran pada kata-kata yang dituturkan oleh ibunya.

Akiyla tidak dapat meneruskan tutur bicaranya lagi. Hanya esakan dan tangisan yang mengiringi di hujung talian.

Akiyla tahu, dia sememangnya seorang yang sangat sensitif. Apalagi hal-hal yang berkaitan dengan keluarganya. Ibunya sudah cukup masak dengan sifatnya itu.Ibunya cuba menenangkan Akiyla dengan mengatakan bahawa semuanya akan baik-baik saja.
            
           Terkadang, terdetik juga dibenak fikiran Akiyla seandainya orang tuanya pergi terlebih dahulu.      “Kalaulah ibu atau ayah pergi meninggalkan Kiyla terlebih dahulu, macam mana Ya Allah? Apa yang akan berlaku kapada Kiyla dan keluarga Kiyla kelak? Argh!!” Hati kecilnya menjerit.

Namun, dengan pantas dia manafikan perkara tersebut daripada berlaku. Akiyla tidak mahu memikirkannya dengan serius kerana dia takut…takut untuk berdepan dengan kenyataan yang pastinya amat memeritkan dan menyakitkan.

Dengan satu mesej yang diterima daripada ibunya telah membuat hari Akiyla begitu resah gelisah. Ikutkan hati mahu saja dia pulang ke pangkuan ibunya di kampung.

Namun, setelah diyakinkan oleh ibunya bahawa semuanya okey,Akiyla menangguhkan niatnya.Hari telah lewat malam, namun Akiyla masih terjaga. Di benak fikirannya masih memikirkan soal ibunya tadi.

Wajah ibunya yang putih bersih dan tenang berlegar-legar di kotak fikiran Akiyla.
“Ah…kenapa hati ni rasa semacam? Apa yang tak kena dengan aku ni? Ibu baik-baik je kan! Ya Allah, lindungi Ibu dan keluarga Kiyla Ya Allah.” Akiyla bermonolog sendirian.
Air mata yang bergenang pantas diseka.

to be continue.........